Stay Up All Night For Thesis

Stay Up All Night For Thesis

Stay up all night sangat sinonim rasanya buat mereka yang berada di Universiti, mana tidaknya demi siapkan kerja waktu tidurlah kita korbankan. Bukan sentiasa korbankan waktu tidur berapa kali saja dalam seminggu kita mampu lakukan.

Stay Up All Night at McD

Tempat yang paling kerap saya stay up all night ialah di McD lah sebab sangat banyak.

Stay up all night for thesis

Gambar gelap sedikit sebab kurangnya pencahayaan kawasan depan McD ini dan bila dah edit guna Instagram makin gelap jadinya, haha.

Kenapa McD

Stay up all night di McD menjadi sasaran ramai pelajar sebab perkhidmatannya yang bagus sebenarnya.

Suka juga lepak di McD ini sambil siapkan kerja assignment, kerja kumpulan dan semalam bertungkus lumus menyiapkan thesis.

Tambah-tambah lagi dengan akses Wifi percuma dan boleh refill air jadi sangat sesuat dijadikan port untuk lepak lama siapkan kerja. Tapi kalau study saya memilih untuk study di perpustakaan atau di bilik saja sebab lebih tenteram dan aman.

Matlamat Tercapai

Thesis sudah dalam siap cuma bila sudah hantar kepada Supervisor maka pembetulan harus dibuat. Mungkin yang pernah lalui seperti pasti tahu macam mana saat ini.

Setelah tempoh hari selesai presentation, masa diberikan untuk hantar final draf thesis adalah jumaat ini, maka nak tak nak kena siapkan juga bahagian ini walaupun belum study untuk final exam.

Alhamdulillah matlamat tercapai, selesai juga betulkan thesis semalam sebelum bergerak pulang. Jadi usaha ini tidak kosonglah.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

24 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!