Solat Sunat Taubat

Solat Sunat Taubat

Solat sunat taubat antara solat sunat yang dianjurkan oleh Islam kepada penganutnya untuk memohon keampunan di atas apa saja kesalahan yang dilakukan semasa masih hidup. Malangnya ramai di antara kita pada hari ini jarang sesekali menunaikan solat sunat ini.

Pernah kita dengar tentang kisah mereka yang telah meninggal dunia ingin kembali ke dunia semata-mata ingin sujud dan memohon ampun serta taubat atas kesalahan yang lalu?

Jadi kita yang masih hidup ini bagaimana, berapa kerap kalikah kita minta taubat padaNya dan berapa banyak sudah kita membuat dosa?

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)…” – Ali-Imran – 135

 

Solat Sunat Taubat Nasuha

Buat belum jelas mengenai hukum solat sunat ini boleh lah saksikan video hanya sepanjang 1 minit untuk pengetahuan tentang solat ini.

Niat Solat Sunat Taubat

Solat Sunat Taubat

“Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala”

Bacaan Surah Dalam Solat Sunat Taubat

Seperti yang kita sedia maklum bahawa tiada bahawa khas untuk solat sunat ini, namun terdapat bacaan lazim atau kebiasaan yang dibaca oleh mereka yang terdahulu.

  • Rakaat pertama – Surah al-Fatihah dan Surah al-Kaafirun
  • Rakaat kedua – Surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas

Bacaan surah ini hanya sekali sahaja, namun jika kita mampu atau mahu membacanya lebih daripada sekali boleh dibaca seberapa banyak yang kita inginkan.

Bacaan Sujud Terakhir Solat Sunat Taubat

Solat Sunat Taubat

“Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah) Maha Suci Dikau Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim)…”

Bacaan ini adalah bacaan ketika sujud terakhir sebelum duduk tahiya terakhir sewaktu solat, bilangan bacaannya sebenarnya tidak ada ketetapan jadi kita bebas membacanya seberapa banyak yang kita inginkan.

Sehabis tahiyyat akhir, beristighfar sebanyak yang mungkin memohon keampunan di atas kesalahan kita yang lalu dan beriktikad tidak mahu lagi mengulanginya lagi.

Doa Solat Sunat Taubat

Solat Sunat Taubat

Ya Allah Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman Mu dan di dalam perjanjian setia (yakni beriman dan taat) kepada Mu lah sekuat mampuku. Aku berlindung kepada Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada aku dan aku mengaku atas segala dosaku. Maka ampunilah aku, sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau…”

Dalam solat sunat ini tidak ada doa khas, jadi kita bebas berdoa dengan doa kita sendiri asalkan matlamat asal ingin meminta ampun dan bertaubat itu tercapai.

Sama-samalah kita bertaubat atas dosa-dosa yang lalu walaupun sedikit tetap perlu memohon keampunan kepadaNya.

Taubat Menghapuskan Dosa

Seorang lelaki datang bertemu dengan Rasulullah SAW seraya berkata,
“Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?”
Rasulullah menjawab, “Ya. Akan ditulis.”
Ia bertanya lagi, “Bagaimana jika aku bertaubat?”
Rasulullahmenjawab, “Akan dihapus.”
Ia berkata lagi, “Bagaimana jika aku mengulangi lagi?”
Rasulullah menjawab, “Akan ditulis.”
Ia berkata lagi, “Ya Rasulullah, bagaimana kalau aku bertaubat?”
Rasulullah menjawab,”Akan dihapus.”
Lelaki itu pun berkata, “Ya Rasulullah, sampai bilakah Allah akan menghapus?”
Rasulullah menjawab, “Allah tidak akan bosan memberi keampunan sampai kamu bosan meminta ampun.”
(HR Tabarani & al-Hakim)

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

16 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!