Solat Sunat Istikharah

Solat Sunat Istikharah itu antara salah satu solat sunat yang popular dalam kalangan umat Islam. Kenapa perlu kita mengerjakan Solat Sunat Istikharah ini adalah agar kita sentiasa melakukan dan berada pada landasan yang betul.

Ya, memang tidak dapat dinafikan ramai yang menjadi solat sunat istikharah ini sebagai mencari petanda adalah seseorang itu jodohnya atau tidak. Namun adalah solat sunat ini bagi kita menentukan sebarang pilihan dalam hidup kita seharian agar keputusan yang kita buat tersebut adalah tepat dan baik pada masa kini dan masa depan kita.

Ada hadis yang menerangkan tentang solat sunat Istikharah ini, namun saya tidak ketemui perawi hadis ini. Mungkin ada kalangan kita yang tahu boleh maklumkan.

 

Rasulullah SAW bersabda:

“Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

 

Solat Sunat Istikharah

Ramai yang silap mengenai solat sunat ini, bahawa dengan melakukan solat itu kita akan diberikan petunjuk melalui mimpi. Sebenarnya tidak semestinya melalui mimpi kita akan dapat petunjuk tersebut, bermacam-macam cara Allah SWT akan memberi petunjuk kepada kita setelah kita menunaikan solat sunat Istikharah.

Kita hari lebih percaya dengan kata-kata motivasi pakar diluar sana berbanding meminta petunjuk daripada Allah SWT. Kita alpa dengan janji-janji manis untuk kesenangan dan keuntungan semata-mata. Sebaliknya kita tak tahu pun apa yang kita usaha dan buat sebenarnya betul-betul memberi manfaat, rezeki dan yang paling penting adalah kebaikan untuk kita dan insan sekeliling kita.

Pelaksanaan solat sunat Istikharah ini, bukanlah satu perkara yang main-main kerana ia melibatkan perjalanan hidup kita, masa depan, agama dan corak kehidupan kita serta kita meminta padaNya. Jadi jangan berputus asas, sentiasa mengamalkan solat sunat ini sangat baik dan InsyaAllah banyak memberi perubahan kepada hidup kita.

 

Tatatertib Melaksanakan Solat Sunat Istikharah

Enam perkara ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri telah amalkan sepanjang melaksanakan solat sunat ini. Solat sunat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, namun waktu malam adalah waktu terbaik dalam keadaan sunyi. Masa itu hanya kita dan Allah sahaja berbicara dengan cara solat.

Tatatertib ini sebenarnya bermula dengan diri kita sendiri dahulu.

  1. Pastikan tubuh badan kita bersih.
  2. Pakaian yang kita pakaian untuk solat adalah baru basuh atau baru dipakai pada malam tersebut.
  3. Hati perlulah ikhlas kerana Allah SWT sepenuhnya.
  4. Tidur dalam keadaan berwuduk dan pakaian bersih.
  5. Tempat tidur haruslah bersih dan suci seboleh-bolehnya.
  6. Tidur dalam keadaan tenang dan zikir sehingga tertidur, jangan fikir apa-apa.

Solat ini juga untuk dilakukan beberapa rakaat dengan caranya setiap kali dilakukan hanya 2 rakaat tapi boleh digandakan sehingga 12 rakaat dengan 6 kali salam. Bergantung kepada kita sendiri ingin lakukan berapa rakaat. Solat ini boleh dilakukan sebelum tidur atau juga semasa melakukan Solat Sunat Tahajjud.

 

Lafaz Niat Solat Sunat Istikharah

Solat Sunat Istikharah

Sahaja aku solat sunat Istikharah, 2 rakaat kerana Allah Taala

 

Bacaan Surah Dalam Solat Sunat Istikharah

Antara yang menjadi kebiasaan bacaan dalam solat sunat ini ialah dengan membaca:

  1. Rakaat pertama : Surah Al-Kaafirun sekali
  2. Rakaat kedua : Surah Al-Ikhlas sekali

Namun ada juga pendapat menyatakan boleh membaca surah tersebut:

  1. Rakaat pertama : Ayat Kursi sebanyak 7 kali
  2. Rakaat kedua : Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali

 

Bacaan Ketika Sujud Akhir Solat Sunat Istikharah

Solat Sunat Istikharah

Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana

Sebolehnya sewaktu sujud itu kita baca dalam hati seumpama kita berbisik padaNya. Meminta pada Allah dari dalam hati kita sendiri, luahkan permintaan kita padaNya.

Minta agar kita ditunjukkan jalan yang benar dan diberikan petunjuk agar mendapat keputusan yang diredhaiNya.

 

Doa Solat Sunat Istikharah

Sesudah kita berdoa dalam sujud terakhir kita dan beri salam pada tahiyyat akhir, maka perbanyakkanlah istigfar kepadaNya dan berselawat kepada Nabi Allah SWT.

Solat Sunat Istikharah

“Ya Allah! Sesungguhnya daku memohon petunjuk memilih yang baik menurut Pengetahuan Mu, daku memohon kepastian dengan Kudrat-Mu dan daku memohon dengan Kurniaan-Mu yang amat banyak kerana sesungguhnya Dikau maha Berkuasa sedangkan daku tiada kuasa, Dikau Amat Mengetahui sedangkan daku tidak tahu dan Dikaulah Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi. Ya Allah! Jika Dikau mengetahui bahawa urusan ku ini………..(sebut perihal kita hajatkan) baik bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, buat masa kini dan masa akan datang, maka takdirlah ia kepadaku dan permudahkannya untukku, kemudian berkatkan daku padanya. Tetapi di di dalam Pengetahuan-Mu hal ini tidak baik untukku, agamaku, penghidupanku dan tidak baik akibatnya bagiku, baik masa sekarang ataupun pada masa akan datang, maka hindarkanlah ia daripadaku dan elakkanlah daku daripadanya dan tentukanlah kebaikan untukku dimana sahaja daku berada kemudian redhakanlah daku dengannya. Sesungguhnya Dikau berkuasa di atas segala sesuatu…”

Baca kedua-dua doa dalam bahasa Arab dan Melayu (lebih afdal), atau pilih salah satu yang mudah bagi anda melafazkannya.

Baca Doa ini sebanyak 3 kali dengan menyebut hajat kita yang inginkan petunjuk daripada Nya.

Solat Sunat ini boleh dilakukan sekali atau 3 malam atau 7  malam selagi anda tidak mendapat apa-apa petunjuk.

 

Petanda Baik dan Buruk Selepas Solat Sunat Istikharah

Bagaimana ingin tahu petanda selepas kita mengerjakan solat sunat ini?

Petandanya sudah terang bersuluh dengan doa yang kita baca selepas menunaikan solat sunat kita, andai tidak perasan cuba baca sekali lagi doa solat sunat ini.

 

Dari Penulis

Buat anda yang ingin mengerjakan solat ini saya sarankan anda perbetulkan dulu niat, baca dahulu dengan betul supaya tidak terlepas tatatertib perlaksanaannya.

6 perkara yang saya ketengahkan adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Jangan lupa saksikan video agar kita faham konsep petunjuk selepas melaksanakan solat sunat ini.

Sebarang kesalahan mengenai entri penulisan ini, sila kemukakan di bahagian komen dengan berhemah.

Wassalam 🙂

Ustaz Azhar Idrus – Istikharah, Jodoh, Murah Lagi Berkat

Posted by KZ Network on Saturday, June 6, 2015

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

68 Comments

Leave a Reply to dila.. Cancel reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!