Solat Sunat Istikharah

Solat Sunat Istikharah itu antara salah satu solat sunat yang popular dalam kalangan umat Islam. Kenapa perlu kita mengerjakan Solat Sunat Istikharah ini adalah agar kita sentiasa melakukan dan berada pada landasan yang betul.

Ya, memang tidak dapat dinafikan ramai yang menjadi solat sunat istikharah ini sebagai mencari petanda adalah seseorang itu jodohnya atau tidak. Namun adalah solat sunat ini bagi kita menentukan sebarang pilihan dalam hidup kita seharian agar keputusan yang kita buat tersebut adalah tepat dan baik pada masa kini dan masa depan kita.

Ada hadis yang menerangkan tentang solat sunat Istikharah ini, namun saya tidak ketemui perawi hadis ini. Mungkin ada kalangan kita yang tahu boleh maklumkan.

 

Rasulullah SAW bersabda:

“Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

 

Solat Sunat Istikharah

Ramai yang silap mengenai solat sunat ini, bahawa dengan melakukan solat itu kita akan diberikan petunjuk melalui mimpi. Sebenarnya tidak semestinya melalui mimpi kita akan dapat petunjuk tersebut, bermacam-macam cara Allah SWT akan memberi petunjuk kepada kita setelah kita menunaikan solat sunat Istikharah.

Kita hari lebih percaya dengan kata-kata motivasi pakar diluar sana berbanding meminta petunjuk daripada Allah SWT. Kita alpa dengan janji-janji manis untuk kesenangan dan keuntungan semata-mata. Sebaliknya kita tak tahu pun apa yang kita usaha dan buat sebenarnya betul-betul memberi manfaat, rezeki dan yang paling penting adalah kebaikan untuk kita dan insan sekeliling kita.

Pelaksanaan solat sunat Istikharah ini, bukanlah satu perkara yang main-main kerana ia melibatkan perjalanan hidup kita, masa depan, agama dan corak kehidupan kita serta kita meminta padaNya. Jadi jangan berputus asas, sentiasa mengamalkan solat sunat ini sangat baik dan InsyaAllah banyak memberi perubahan kepada hidup kita.

 

Tatatertib Melaksanakan Solat Sunat Istikharah

Enam perkara ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri telah amalkan sepanjang melaksanakan solat sunat ini. Solat sunat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, namun waktu malam adalah waktu terbaik dalam keadaan sunyi. Masa itu hanya kita dan Allah sahaja berbicara dengan cara solat.

Tatatertib ini sebenarnya bermula dengan diri kita sendiri dahulu.

  1. Pastikan tubuh badan kita bersih.
  2. Pakaian yang kita pakaian untuk solat adalah baru basuh atau baru dipakai pada malam tersebut.
  3. Hati perlulah ikhlas kerana Allah SWT sepenuhnya.
  4. Tidur dalam keadaan berwuduk dan pakaian bersih.
  5. Tempat tidur haruslah bersih dan suci seboleh-bolehnya.
  6. Tidur dalam keadaan tenang dan zikir sehingga tertidur, jangan fikir apa-apa.

Solat ini juga untuk dilakukan beberapa rakaat dengan caranya setiap kali dilakukan hanya 2 rakaat tapi boleh digandakan sehingga 12 rakaat dengan 6 kali salam. Bergantung kepada kita sendiri ingin lakukan berapa rakaat. Solat ini boleh dilakukan sebelum tidur atau juga semasa melakukan Solat Sunat Tahajjud.

 

Lafaz Niat Solat Sunat Istikharah

 

Solat Sunat Istikharah

Sahaja aku solat sunat Istikharah, 2 rakaat kerana Allah Taala

 

Bacaan Surah Dalam Solat Sunat Istikharah

Antara yang menjadi kebiasaan bacaan dalam solat sunat ini ialah dengan membaca:

  1. Rakaat pertama : Surah Al-Kaafirun sekali
  2. Rakaat kedua : Surah Al-Ikhlas sekali

Namun ada juga pendapat menyatakan boleh membaca surah tersebut:

  1. Rakaat pertama : Ayat Kursi sebanyak 7 kali
  2. Rakaat kedua : Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali

 

Bacaan Ketika Sujud Akhir Solat Sunat Istikharah

 

Solat Sunat Istikharah

Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana

 

Sebolehnya sewaktu sujud itu kita baca dalam hati seumpama kita berbisik padaNya. Meminta pada Allah dari dalam hati kita sendiri, luahkan permintaan kita padaNya.

Minta agar kita ditunjukkan jalan yang benar dan diberikan petunjuk agar mendapat keputusan yang diredhaiNya.

 

Doa Solat Sunat Istikharah

Sesudah kita berdoa dalam sujud terakhir kita dan beri salam pada tahiyyat akhir, maka perbanyakkanlah istigfar kepadaNya dan berselawat kepada Nabi Allah SWT.

 

 

Solat Sunat Istikharah

“Ya Allah! Sesungguhnya daku memohon petunjuk memilih yang baik menurut Pengetahuan Mu, daku memohon kepastian dengan Kudrat-Mu dan daku memohon dengan Kurniaan-Mu yang amat banyak kerana sesungguhnya Dikau maha Berkuasa sedangkan daku tiada kuasa, Dikau Amat Mengetahui sedangkan daku tidak tahu dan Dikaulah Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi. Ya Allah! Jika Dikau mengetahui bahawa urusan ku ini………..(sebut perihal kita hajatkan) baik bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, buat masa kini dan masa akan datang, maka takdirlah ia kepadaku dan permudahkannya untukku, kemudian berkatkan daku padanya. Tetapi di di dalam Pengetahuan-Mu hal ini tidak baik untukku, agamaku, penghidupanku dan tidak baik akibatnya bagiku, baik masa sekarang ataupun pada masa akan datang, maka hindarkanlah ia daripadaku dan elakkanlah daku daripadanya dan tentukanlah kebaikan untukku dimana sahaja daku berada kemudian redhakanlah daku dengannya. Sesungguhnya Dikau berkuasa di atas segala sesuatu…”

 

Baca kedua-dua doa dalam bahasa Arab dan Melayu (lebih afdal), atau pilih salah satu yang mudah bagi anda melafazkannya.

Baca Doa ini sebanyak 3 kali dengan menyebut hajat kita yang inginkan petunjuk daripada Nya.

Solat Sunat ini boleh dilakukan sekali atau 3 malam atau 7  malam selagi anda tidak mendapat apa-apa petunjuk.

 

Petanda Baik dan Buruk Selepas Solat Sunat Istikharah

Bagaimana ingin tahu petanda selepas kita mengerjakan solat sunat ini?

Petandanya sudah terang bersuluh dengan doa yang kita baca selepas menunaikan solat sunat kita, andai tidak perasan cuba baca sekali lagi doa solat sunat ini.

 

Dari Penulis

Buat anda yang ingin mengerjakan solat ini saya sarankan anda perbetulkan dulu niat, baca dahulu dengan betul supaya tidak terlepas tatatertib perlaksanaannya.

6 perkara yang saya ketengahkan adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Jangan lupa saksikan video agar kita faham konsep petunjuk selepas melaksanakan solat sunat ini.

Sebarang kesalahan mengenai entri penulisan ini, sila kemukakan di bahagian komen dengan berhemah.

Wassalam 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

55 Comments

  • Azie

    August 27, 2013 at 12:56 PM

    Rata2 kan Khairul solat sunat Istikarah ni , selalu adalah buat untuk memilih / membuat keputusan yang sukar, ingin petunjuk dari Allah SWT.

    Seperti contoh ingin memilih keputusan calon pasangan hidup, yang kita rasa was2 atau betulkah dengan pilihan kita.

    Bagus info macam ni. sebab membantu orang yang dah lupa cara-cara nak buat . solat sunat Istikarah ni
    Azie recently posted…Makanan Kucing Jenama Pro DietMy Profile

    Reply
  • petrasis1

    August 27, 2013 at 1:26 PM

    saya kawin buat jugak solat istikharah, nak pilih mana satu.. huhu.. tapi tak dapat apa-apa petunjuk.. mungkin dalam keadaan saya waktu tu boleh fikir sendiri kot mana satu nak pilih… Huhu.. 😳

    Reply
  • Nurul Ain

    September 30, 2013 at 9:35 PM

    Salam, sye nk tanye la, bacaan dlm sujud yg terakhir tu , slps tahiyat akhir ker ataupun bce doa tu dulu bru tahiyat akhir pastu bru bg salam…….sye pun bru nk blajr, mohon beri tnjk ajar, time kasih…

    Reply
  • Akuro San

    October 31, 2013 at 11:21 PM

    subhanakalailmalana… tu baca berapa kali?
    sbb ingat yg akk pernah buat dulu baca 40 kali… kalau tak silap lar…
    buat masa nak tukar kelas. sama ada nak stay kat kelas manufacturing atau tukar ke kelas avionic, masa kat miat dulu.
    kesan dia, mula-mula mcm tak der apa. so akk plan nak stay kelas manufacturing jer. tapi bila masuk hari akhir permohonan utk tukar kelas tuh, mmg rasa mcm tak tentu arah gak lar. rasa mcm tak sedap hati jer… last2 buat surat utk tukar kelas gak. bila dah tukar kelas, terus rasa lega.. huhu~ Wallahua’lam…
    Akuro San recently posted…Resepi Sambal Bujang | Sambal Ikan Bilis BujangMy Profile

    Reply
  • Asyrof Asri

    November 30, 2013 at 9:47 PM

    Bagus solat sunat istikharah ni. 🙂

    Jujurnya, setiap kali Asyrof nak lakukan sesuatu, Asyrof akan solat sunat istikharah.

    ALhamdulillah, Allah telah tunjukkan jalannya. 🙂

    Teruskan solat sunat Istikharah.

    Reply
  • NAREEN

    August 29, 2014 at 4:34 PM

    Assalamualaikum, sy mahu bertanya, jika sy tidak membaca doa sunat istiharah? sy hanya terus mohonkan hajat untuk meminta pertunjuk terus. adakah dibolehkan? sah ke solat sunat sy?

    sebelum ni sy pernah buat solat sunat ni sekali shj. sy sendiri pun tidak pasti adakah sy sudah dpt dpt pertunjuk ke belum. sbb masa sy lakukan solat tu p hati sy tidak tenang, kepala sy betul2 berserabut.

    boleh mintak pendapat dan pandangan. ?

    terima kasih.

    🙂

    Reply
    • Khairul Zamri

      August 30, 2014 at 12:18 AM

      Waalaikummussalam, doa dalam solat adalah perkara sunat. Sah atau tidak sah solat adalah bergantung kepada 13 rukun solat sahaja.
      Doa tidak termasuk dalam rukun, tidak salah untuk terus berdoa selepas solat.

      Banyak petanda yang boleh kita dapati daripad Solat Sunat Istikharah ini:
      – Mimpi
      – Petanda
      – Kehidupan seharian kita
      – Usaha menuju kearah matlamat kita itu dipermudahkan

      Disarankan untuk amal sentiasa solat sunat ini sehingga lah hajat kita tercapai atau diberikan petunjuk. InsyaAllah
      Khairul Zamri recently posted…Rahsia Mendidik Anak SolehMy Profile

      Reply
  • mas

    September 4, 2014 at 2:17 AM

    As Salam..
    Maaf,sy x brpa jelas tntang doa dlm sujud yg akhir tu..adakah slepas kita baca subna rabbial a’la wabihamdih..then baru kita baca doa tu dlm hati dlm sujud yg last tu?then baru baca tahyat akhir?
    Maaf,sy juga bru nk belajar..hrap dpt jelaskn..

    Reply
  • Nur Nazurah

    October 11, 2014 at 8:46 PM

    Assalamu’alaikum 🙂

    Regarding the du’a tasbih (the 40x) for the last sujood, is it okay that if we proceed to our hajat (since some us can not pronounce the du’a tasbih correctly / still having a hard time to memorize it) ?? I mean like this:-

    1. Baca Subhana Rabbi’al A’la Wabihamdih (3x).
    2. Then straight to our hajat (without the 40x of the du’a tasbih).
    3. Tahiyyat Akhir.

    Or the 40x of the du’a tasbih is a must? (I mean the baca’an, not the how-many-times-we-have-to-recite-it). I do hope you get my questions.. I need some clarification before I practise this Solat Istikharah. Jazakallah! 🙂

    Reply
  • Nur Nazurah

    October 11, 2014 at 8:55 PM

    I’m sorry. Should’ve asked first what is it called (the baca’an sunat of 40x) instead of calling it “du’a tasbih” (since I research at the internet that it is called that way). Or the du’a tasbih is the NAME of the last one / du’a after our salaam? I hope I’m not making you pening, haha. Sorry for all the troubles.. Thank you so much in advanced! 🙂

    Reply
  • zanuween

    October 21, 2014 at 10:08 AM

    Salam.
    Saya sudah melakukan beberapa kali solat sunat istikharah
    Tetapi saya belum mendapat apa-apa petunjuk kecuali saya semakin merasa tenang atas kedua-dua pilihan tersebut.
    Adakah ini juga merupakan petunjuk?

    Reply
    • Khairul Zamri

      October 22, 2014 at 11:22 AM

      Waalaikummussalam,

      Pertama kali saya ucapkan Alhamdulillah dan dan tahniah kepada anda kerana memilih jalan yang diberikan oleh Islam dalam menentukan sesuatu keputusan dalam hidup.

      Petunjuk itu merupakan satu perkara yang amat subjektif. Kadang-kadang kita pinta ingin menjadi kaya tapi petunjuk itu tidak semestinya dengan duit semata-mata.

      Petunjuk juga boleh datang dalam bentuk ujian kekurangan wang – dimana disitu satu bentuk ujian bagi kita mengawal perbelanjaan wang sehinggalah satu tahap kita akan merasa wang itu sentiasa mencukupi walaupun tidak banyak. Dan ini satu tahap menuju kekayaan juga.

      Semakin merasa tenang. Apabila kita sudah berada dalam zon tenang bermakna jiwa dan minda kita dalam gelombang positif. Positif bakal memberikan kita kekuatan dan keyakinan dalam memilih apa saja keputusan dalam hidup. Tambah juga ketenangan ini memmbuatkan kita aman dan damai menjalani kehidupan kita. Kekalkan gelombang positif ini dengan sentiasa solat dan solat-solat sunat insyaAllah satu hari nanti kita akan dapat apa yang kita hajati. InsyaAllah yakin dengan janji Allah dan ia akan datang dengan apa cara sekalipun kepada kita.

      Semoga berjaya 🙂
      Khairul Zamri recently posted…Jadual PIKOM PC Fair 2014 Siri 3My Profile

      Reply
  • nasreen
    Twitter:

    January 13, 2015 at 9:01 PM

    salam , saya ada kekeliruan di sini . ada sesetengah blog saya dapati dia tidak sertakan tasbih dalam sujud . boleh jelaskan tak samada tasbih itu wajib ataupun sunat . sekian . terima kasih .

    Reply
  • amalina

    January 17, 2015 at 8:37 PM

    tengkiyuuu for the info..pham ckit dr blog laen..dh byk sy buat rujukan sai solat istikharah ni..akhirnya sy dh pham,ini petama kali dlm idup sy nk wt solat ni..>_< semoga allah bg petunjuk kepada saya..aminnn

    Reply
  • fildza

    February 6, 2015 at 2:27 AM

    assalamualaikum..sy nk tnye, bacaan ketika sujud terakhir tu kalau tak baca takpe ke? sbb tak hafal lg.. takut nnty tersalah baca pulak mse sujud tu..

    Reply
  • Hamba Allah

    March 4, 2015 at 7:24 PM

    Assalamualaikum ,saya nak tanya kalau saya doa berkenaan sesuatu dan saya sertakan skali doa untuk jodoh dalam satu doa boleh tak ???

    Reply
  • FARA

    March 13, 2015 at 5:21 PM

    assalamualaikum ..terima kasih atas info yg sgt berguna tu ,sbb sy dah cari dlm blog2 lain tak jumpa info mcm kt atas tu .. hehe,ada 2 persoalan yg sy agak musykil ,
    andai kata kita tak hafal lgi doa tu ,baca di kertas shj boleh kan..?
    lagi satu solat ini kalau kita buat setiap kali selepas solat fardhu macam mana ..boleh tak ?
    saya sekarang sangat buntu dalam memilih kerjaya ,
    panduan istikarah ini sgt berguna..terima kasih banyak-banyak ya ..

    Reply
    • Khairul Zamri

      March 15, 2015 at 7:11 AM

      Wkmslm WBT.

      Baca doa guna kertas boleh andai bukan ketika solat, maksudnya doa selepas solat tersebut.

      Untuk lakukan solat sunat boleh lakukan pada bila masa sahaja selepas solat fardhu yang dibenarkan seperti Zohor, Maghri dan Insya’. Manakala yang paling afdal adalah ditunaikan sewaktu solat Tahajjud.

      Semoga berjaya
      Khairul Zamri recently posted…Malaysia Best Blog 2015My Profile

      Reply
  • Suraya

    March 25, 2015 at 9:21 AM

    Assalam..sy baru nk pelajari cara solat istikharah..boleh kah kita membaca surah Al-Fatiha sahaja jika tidak membaca surah Al-kafirun@ ayat kerusi…

    Reply
  • Suraya

    March 25, 2015 at 9:29 AM

    Kerana disaat ini saya dalam keadaan yg tidak tenang serabut memikirkan hubungan saya bersama pasangan sy..kerana ibunya tidak restu hubungan kami kerana saya berstatuskan ibu tunggal & mempunyai seorang anak…beri laa sy jalan untuk menenangkan hati dan jiwa saya..;(

    Reply
  • dila..

    April 15, 2015 at 2:09 PM

    Salam sy nak tny tunang sy lpas dy bwt solat istikharah dy bgon tdo rasa syg tu trus ilang adakah jodoh masih kuat dgn dy ke??mohon pencerahan

    Reply
    • Khairul Zamri

      April 15, 2015 at 8:42 PM

      Wkmslm,

      Jika dalam jangka masa yang singkat adalah tidak adil dan tidak layak untuk membuat pengadilan. Mungkin ada gangguan pemikiran (terlalu banyak berfikir) akan sesuatu perkara itu. Digalakkan untuk lakukan lagi solat Sunat Istikharah ini berulang-ulang lagi bukan hanya sekali, serta paling penting cara menunaikannya itu perlulah ‘sempurna’.

      Semoga berjaya.
      Khairul Zamri recently posted…Jana Pendapatan Dengan HerbaMy Profile

      Reply
  • aishah

    May 13, 2015 at 1:46 AM

    salam, saya keliru nak memilih course apa utk melanjutkan pelajaran jadi saya pilih utk menunaikan solat istikarah ni. persoalan saya, kalau saya tidur dlm keadaan tidak berwudhuk, boleh ke?

    Reply
  • farah

    August 9, 2015 at 3:21 PM

    Salam..Mohon pencerahan..sy dan lelaki ni pernah bercinta selama 2 tahun . dsbbkn mistake that i had done..we broke up..almost 1 year now..i love him..untill now i still deeply in love with him..die prnah ckp,once i make mistake i dont get second chance anymore and he will be gone..Lepas we broke up..sy tunaikn solat istiqarah..a few times..pastu sy slalu mimpi dia..sbb slme ni boleh dikatakn xpernah..mungkin sekali dua jer slme kami bercinta..die pnh ckp..die xkn muncul lg ..tp die tetap ada dgn sy skrg..even kami cuma kawan biasa..adakah itu salah satu petunjuk nya ? Melalui mimpi dan slama ni ape yg sy doa ialah supaya die slalu ada disisi sy..adakah Allah sudah makbulkn doa sy? Sy msih syg kn dia..tp sy thu sy xboleh memaksa dia supaya trima sy kmbali..sy slalu doa dlm sujud n slps solat..supaya satu hari nnti kami dpt disatukn dibwh keredaan Allah..Alhamdulillah buat masa ni..sy dgn dia msih berkawan dgn baik..sy letakkn hrpn kpd Allah dn sy percaya Allah dgr doa sy..hati sy berbelah bahagi..krna ada sorg lelaki ni die ajak sy kahwin..tetapi hati sy ragu2 sbb sy syg kn ‘kwn’ sy tu..lelaki ni pernah bercinta dgn sy..dan hubungan kami tdk lama disebabkn dah 2x dia berlaku curang dgn sy..sy igt sy boleh bg peluang kt die..spya sy dpt lupakan ‘kwn’ sy tu..sy cuba tp sy xboleh nk lupakan dia..semakin hari..semakin kuat cinta dlm hati sy ni..slalu sy doa jika dia jodoh sy kuatkn lah rasa cinta dan yakin dlm diri sy..tp sy xthu die mcm mana..sbb kami bkn nya pasangan bercinta..hati sy cuma utk dia..sbb sblum ni..sy dh berjnji dgn diri sy..dia yg trkhir..tolong sy..sy buntu..berbaloikah sy menunggu org yg belum tentu akn trima sy atau sy bg peluang kt org yg pernah lukakn hati sy..sy takut sy akn lukakn hati lelaki ni pulak sedangkan hati sy dgn ‘kwn’ sy tuu..bila sy solat bila sy doa..cuma ‘kwn’ sy yg slalu muncul dihati..dan sy yakin..tp sy takut krna hakikatnya kami bkn bercinta..sesiapa tolong sy..sy betol2 buntu..

    Reply
    • Khairul Zamri

      August 9, 2015 at 7:00 PM

      Wkmslm,

      Saya cadangkan Saudari lihat kedua-dua video yang ada dalam artikel ini, ada sedikit penerangan daripada Ustaz yang hebat ini.

      Keduanya yang mana lebih mudah itulah jalan kita kerana Allah akan permudahkan atas apa kesulitan yang kita hadapi dan minta. Saya juga berkahwin dengan orang yang belum pernah saya bercinta sebelum ini.

      Pilihan anda terletak atas kenapa anda pilih dia?
      – Adakah kerana cinta semata-mata?
      – Adakah kerana dia berharta?
      – Adakah kerana dia hensem?
      – Adakah kerana dia pandai berkata-kata?
      – Adakah kerana benar-benar mempuyai ciri-ciri lelaki boleh memimpin anda?

      Teruskan Istikharah setiap malam sehingga permasalahan selesai. Kelak apabila selesai kita akan sedar apa dan bagaimana jalan yang ALLAH S.W.T tunjukkan kepada kita.

      InsyaAllah, saya doakan saudari tabah dan sabar jangan terlalu emosi dan tergopoh gapah.

      Allah Kan Ada, Bertanyalah KepadaNya. InsyaAllah.
      Khairul Zamri recently posted…6 Tips Bisnes di RumahMy Profile

      Reply
  • insan biasa

    December 8, 2015 at 11:27 PM

    Saya dan bekas kekasih telah buat solat istikharah, saya tak dapat petunjuk dan dia dapat. Tapi dalam mimpinya wanita lain yang muncul. Walaupun saya tahu bukan sayalah wanita dalam mimpinya, saya selalu buat solat hajat agar jodohnya dipertemukan dgn saya, dan jika sebaliknya saya mohon agar Allah relakan hati saya atas ketentuannya. Saya ingin bertanya adakah berdosa sekiranya saya solat hajat untuk berjodoh denganya sedangkan saya tahu bukan saya wanita dalam mimpinya. Adakah saya dianggap sebagai melawan takdir Allah dengan melakukan doa yang seolah2 memaksa Allah untuk menentukan jodoh saya? Tapi ne adalah usaha saya selagi tidak dipertemukan dgn org yg tepat dan dalam masa yg sama saya tetap minta Allah merelakan hati saya sekiranya dia bukan ditakdirkan untuk saya.

    Reply

Leave a Reply to fildza Cancel reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!