Solat Sunat Hajat

Solat Sunat Hajat

Solat sunat hajat biasanya diamalkan untuk satu hajat besar. Sistem solat sunat hajat berkait rapat hubungan dengan Allah SWT.

Sentiasa amal solat sunat hajat pasti mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Tumpuan menunaikan solat Hajat juga tertakluk pada waktu tertentu.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)

Apa Itu Solat Sunat Hajat?

Pesanan Ustaz saya sewaktu di bangku sekolah dahulu. Andai kita ingin mengamalkan sesuatu kita harus tahu apa dan mengapa. Ini bermakna kita harus tahu apa itu solat Hajat dan mengapa kita kerjakannya.

Solat Sunat Hajat didirikan dengan niat berhajat kepada Allah SWT. Hajat kita boleh terdiri daripada pelbagai jenis seperti:

  • Memohon petunjuk untuk menghadapi peperiksaan
  • Memohon dikurniakan anak atau isteri hamil
  • Mengahwinkan anak lelaki atau perempuan
  • Memohon dipermudahkan sesuatu urusan
  • Memohon petunjuk di atas kehilangan orang tersayang
  • Memohon dijauhkan perkara yang buruk
  • Memohon dijauhkan daripada terjerumus maksiat

Dan atas segala sesuatu sahaja yang kita niatkan. Kerana Allah SWT tidak pernah membataskan kepada hambaNya untuk meminta dan berdoa. Selagi mana permintaan itu tidak melanggar syariat dan melampaui batas.

Kita akan memohon agar hajat kita dimakbulkan dalam solat ini tambahan dengan usaha yang gigih dan berterusan. Ini bermakna selepas berhajat kepada Allah SWT, kita tetap harus berusaha semampu mungkin.

Waktu Sesuai Solat Sunat Hajat

Waktu sesuai untuk mengerjakan solat sunat hajat banyak pilihan sebenarnya. Ia boleh dikerjakan pada setiap kali sesudah solat Fardhu yang ada solat sunat Ba’diah.

Solat Fardhu tersebut seperti Zohor, Maghrib dan Insyak. Antara pilihan lain mengerjakan solat hajat juga adalah pada 1/3 malam hari. Sewaktu kita bangun mengerjakan solat sunat Tahajjud.

Tidak menjadi kesalahan juga andai kita mengerjakan solat Hajat ini sebelum tidur pada malam hari.

Solat Sunat Hajat

Cara Solat Sunat Hajat

Dalam mengerjakan solat sunat Hajat ini terdapat pelbagai cara. Kesemua cara yang ada telah diguna pakai oleh alim-ulamak yang terdahulu.

Ada yang bertanya akan jumlah rakaat solat hajat ini. Namun umumnya ia tidak mempunyai rakaat yang tetap. Tetapi paling minimum adalah 2 rakaat satu salam. Malah ada juga solat Hajat sehingga 12 rakaat.

Solat sunat Hajat yang khusus seperti solat sunat hajat 12 rakaat mempunyai cara menunaikannya secara terperinci. Namun solat Sunat Hajat ini tidak mempunyai pandangan Hadith yang tepat dalam mengerjakannya.

Solat Sunat Hajat 12 Rakaat

Lafaz Niat Solat Sunat Hajat

Solat Sunat Hajat

Sahaja aku mengerjakan Solat Sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Taala

Bacaan Surah Dalam Solat Sunat Hajat

Terdapat banyak Surah yang boleh dibaca dalam solat Hajat ini. Bacaan ini adalah bacaan umum. Bacaan ini sekadar membantu buat mereka yang tidak tahu ingin baca dalam solat sunat ini.

Mungkin ada yang telah tahu dan mungkin ada yang belum. Semoga anda yang baru mengerjakannnya mendapat doa yang makbul.

  1. Rakaat pertama : Selepas Al-Fatihah baca Ayat Kursi sekali. Selepas itu baca surah Al-Kaafirun sebanyak tujuh kali.
  2. Rakaat kedua : Selepas Al-Fatihah baca ayat 285-286 Surah Al-Baqarah sekali. Selepas itu baca surah Al-Ikhlas sebanyak lima kali.

Solat Sunat Hajat

Rujuk Tafsir Al-Quran untuk maksud ayat ini

Solat Sunat Hajat

Rujuk Tafsir Al-Quran untuk maksud ayat ini

Solat Sunat Hajat

Rujuk Tafsir Al-Quran untuk maksud ayat ini

Andai kata dengan cara ini hajat anda termakbul, syukur Alhamdulillah dan tahniah saya dahulukan. Yang penting usaha tetap perlu ada.

Sujud Terakhir Solat Sunat Hajat

Pada kebiasaannya solat hajat pada sujud terakhirnya kita akan sujud lama dengan meminta hajat kepada Allah SWT.  Berhajatlah kepada Allah SWT dengan cara berbisik dari dalam hati kita.

Namun sesetengah yang lain pula ada yang menganjurkan berhajat kepada Allah SWT selepas bacaan Tahiyyat akhir.

Ini bermakna selepas membaca Tahiyyat akhir sebelum memberi salam. Kembali sujud dan membaca tasbih serta memohon hajat kepada Allah SWT.

Satu lagi cara yang lain pula, selepas memberi salam pada rakaat terakhir sujud kembali untuk membaca tasbih sahaja.

Dapatkan Panduan Solat Sempurna dan Khusyuk

Berdoa Dalam Solat Sunat Hajat

Doa Solat Sunat Hajat

Sesudah memberi salam berhajatlah kepada Allah SWT.

Solat Sunat Hajat

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada yang memerlukan. InsyaAllah makbul doa jika diamalkan kena pada tempatnya.

Wassalam.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

39 Comments

Leave a Reply to mai has Cancel reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!