Solat Sunat Dhuha

Solat Sunat Dhuha popular juga solat murah rezeki yakni sebagai medium berhajat kepada Illahi semoga dimurahkan rezeki. Persoalan pertama dan ringkas buat pencinta Illahi sekalian dalam seminggu berapa kalilah kita menunaikan solat sunat dhuha ini.

Pelbagai formula murah rezeki diperkenalkan dan tidak kesemuanya formula tersebut ada menyatakan solat sunat ini. Yang mana ada menerapkan solat sunat ini alhamdulillah dan syabas, cuma terpulang kepada kita ingin mengamalkan atau tidak.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha”. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha, Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah”. 

HR At- Tabrani.

 

Apa Itu Solat Sunat Dhuha?

Solat Sunat Dhuha tidak membebankan kita pada asasnya. Ramai yang sukar melaksanakannya memberikan beribu alasan yang kurang relevan sebenarnya. Jika zaman dahulu, ramai yang berlumba-lumba menunaikan amalan sunat sebegini.

Mungkin ini boleh dijadikan tauladan kepada kita, sama-sama kita perbaiki diri kita termasuklah penulis.

Solat sunat ini ditunaikan apabila matahari naik pada waktu pagi setinggi satu galah. Kebiasaannya sekitar jam 8.00 pagi sehingga gelincirnya matahari sebelum masuk waktu zohor. Solat sunat ini kebiasaanya dilakukan 2 rakaat, 4 rakaat malah ada sehingga 8  dan 12 rakaat.

Zaid bin Arqam r.a. berkata:

 

“Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” 
(HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

 

Waktu Afhdal Solat Sunat Dhuha


 

Lafaz Niat Solat Sunat Dhuha

Solat Sunat Dhuha

Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala

 

Bacaan Surah Dalam Solat Sunat Dhuha

Bacaan surah dalam menunaikan Solat Sunat Dhuha ini sebenarnya tidak tertakluk kepada mana-mana surah. Cuma ditekankan kepada secara am dan kebiasaanya yang dilakukan oleh mereka terdahulu. Andaikan tidak ingat kedua-dua surah ini anda boleh baca mana-mana surah yang mudah asalkan niat asal tetap ikhlas menunaikan solat sunat ini.

Antara menjadi kebiasaan ialah:

  1. Rakaat Pertama selepas Surah Al-Fatihah : Surah As-Syams
  2. Rakaat Kedua selepas Surah Al-Fatihah : Surah Ad-Dhuha

 

Surah As-Syams

Solat Sunat Dhuha
 

Surah Ad-Dhuha

Solat Sunat Dhuha
 

Doa Solat Sunat Dhuha

Berikut adalah bacaan Doa Solat Sunat Dhuha secara digital, mungkin boleh menjadi panduan buat anda mempelajari cara bacaaan secara fasih. Iaitu mengikut bacaan yang betul supaya doa kita lebih makbul.

 

Doa Edisi Arab + Melayu

Doa Edisi Rumi + Melayu


 

Maksud Doa Solat Sunat Dhuha

Solat Sunat Dhuha

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMU, keindahan itu adalah keindahanMu, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekuasaan itu adalah kekuasaanMyu dan perlindungan itu adalah perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit maka turunkanlah dan jika di dalam bumi maka keluarkanlah dan jika sukar maka permudahkanlah dan jika haram maka sucikanlah dan jika jauh maka perdekatkanlah.
Berkat waktu Dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

 

Semoga menjadi petunjuk dan pedoman yang terbaik buat mereka yang ingin murah rezeki dalam kehidupannya. Kita lakukan perkara yang mudah untuk mendapatkan hasil yang luar biasa.

Untuk menjadi luar biasa kadang-kadang perlu bermula dengan perkara yang asas dahulu. Semoga berjaya dan dirahmati Allah S.W.T.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

16 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!