• Home
  • /
  • Info
  • /
  • Solat Hajat PRU13 di Kota Bharu
Solat Hajat PRU13 di Kota Bharu

Solat Hajat PRU13 di Kota Bharu

Kehangatan pilihanraya umum ke-13 semakin di rasai yang kini tinggal hanya 1 hari lagi. Di mana-mana social media hari ini memainkan peranan menghidupkan suasana pilihanraya selain yang dapat disaksikan di media arus perdana. Solat Hajat PRU13 di Kota Bharu dilihat sebagai satu gelombang sebenar didikan agama terhadap rakyatnya.

Solat Hajat PRU13 di Kota Bharu


Mungkin sesetengah pihak akan mengatakan bahawa gambar ini adalah superimpose atau edit. Itu sudah menjadi trend apabila pihak A memaparkan sesuatu pihak B akan hentam secukupnya. Inilah keyboard warrior yang sering bermain di laman sosial tidak kira Facebook atau Twitter sekali pun.

Video Solat Hajat PRU13 di Kota Bharu


Tak mengapa mungkin video ini mampu membuktikan adakah gambar di atas adalah diedit atau tidak. Harap dapat saksikan video ini.

Bagi saya ajaran agama sebeginilah yang perlu pada diri seorang pemimpin, diri kita dan anak-anak kita. Kita sudah semestinya ingin melihat anak-anak kita tahu dan pandai agama, sekurang-kurangnya kelak kita pergi merekalah yang akan mengimamkan solat jenazah.

Semoga tiada sebarang kekecohan berlaku semasa pilihanraya umum kali ini dan pastikan anda mengundi selaku warga negara dan kita berhak tentukan siapa pemimpin kita untuk 5 tahun akan datang.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

22 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!