Sila Update Blog

Sila Update Blog

Hari-hari bila bangun pagi sebelum bergerak ke tempat Latihan Industri sering mengingatkan diri sendiri untuk update blog jangan biarkan lama terbiar.

Ingat kembali matlamat dan objektif mendirikan blog bukan untuk suka-suka tapi blog adalah sebahagian dalam hidup saya juga dan merupakan antara salah bahagian penting dalam menjana pendapatan.

Bukan sehari bukan 2 hari tapi hampir seminggu, bila salah satu bahagian hidup ini terganggu maka menjadi kesalahan bila saya tidak tumpu dan betulkan dulu bahagian yang bermasalah.

Kemana pun saya berpijak, saya sentiasa berpijak dengan diri yang rendah dan hina apatah lagi berada di tempat orang.

Biar orang pandang hina dan keji kepada kita, di sisi Allah SWT saja tahu siapa diri kita sebenarnya.

Kemana Saya Menghilang?

Saya tidaklah menghilangkan diri begitu jauh, tengok dari jauh saja rakan-rakan blogger yang sentiasa aktif dalam dunia blogging.

Walau saya tidak mampu menaikkan satu entri pada awal-awal pagi yang masa itu fikiran masih tenang dan nyaman tapi kekacauan yang berlaku bukan mainan biasa.

Yang menggunakan ilmu kita perlu lawan ilmu tapi yang menggunakan fizikal saya tidak akan membalas akan tetapi sabar dan lihat saja.

Hari-hari sentiasa melihat apa perkembangan terbaru rakan-rakan walau baca tanpa komen sekali pun, seronok tengok dan seronok ada kawan blogger juga.

Terlepas menghadiri majlis Iftar anjuran Denaihati walaupun sudah membuat tempahan awal dan terpaksa membatalkannya di saat-saat akhir.

Tak mengapa perlu utamakan yang mana lebih penting dahulu insyaAllah akan berjumpa lagi selepas ini di majlis dan anjuran yang lain.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

30 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!