September

September

September sudah bermula berakhir sudah Ogos cepat masa berlalu sedar atau tidak sedar betapa pantasnya masa memotong kita jika kita tidak pernah mengejar masa.

Sedih, marah, kecewa, gembira dan apa saja perasaan kita ketika ini hanya kita sendiri ketahui. Tak semua orang di luar sana mampu memahami apa yang kita alami walaupun kita telah meluahkan kepada mereka apa yang kita alami.

Julai dan Ogos lalu melihat satu kejatuhan dalam diri ini menghadapi satu ujian yang tidak sangat terduga walau hampir 2 bulan sudah ia berlaku kesakitan itu masih ada dan bukan senang untuk cepat beralih arah.

 

September Dalam Hidup

Bila kita jatuh dan rebah kita akan tersungkur sama ada seketika atau dalam jangka masa tertentu.

Rebah dan tersungkur bukan bermakna kita sudah berputus asa dan tidak mahu lagi meneruskan perjuangan yang masih panjang ini.

Sebaliknya saat jatuh itu adalah saat kita perlu renung kembali apa yang telah kita lakukan, salah silap langkah serta menilai kembali apakah kita berada di landasan yang betul selama ini.

Dalam meneruskan perjalanan hidup kita pasti akan menghadapi persimpangan dalam membuat pilihan dan perkara ini saya sentiasa hadapi apabila perubahan fasa hidup saya sejak di bangku persekolahan lagi.

Sebab itulah kita dianjurkan menunaikan solat Sunat Istikharah dalam membuat satu-satu keputusan, bukan sahaja untuk jodoh tapi untuk segala keputusan dalam hidup kita ini.

Jadi bagaimana merencana kehidupan ini semula dengan bermulanya September ini perlulah mulakan sebaik-baiknya.

Berubah Tak Perlu Kata-Kata

Ya dalam fasa perubahan ada orang tidak memerlukan kata-kata cacian yang pedas untuknya berubah.

Cukup jatuh tersungkur dan terdiam saja dengan berbekalkan matlamat serta nasihat yang bernas itu lebih terkesan di dalam hati dan diri sebenarnya.

Cukup baginya juga dengan kembali pada Maha Esa, muhasabah diri kembali dan tekadkan hati untuk membina sebuah kehidupan yang lebih baik selepas ini.

Buangkan segala anasir-anasir yang bisa menyakitkan diri sendiri dalam masa sekarang dan masa akan datang. Perit dan jerih mana sekali pun tetap perlu telan dan perlu hadapi kerana selepas kepayahan kesenangan pasti menanti.

Semoga kita semua berada dalam golongan mereka yang terbaik. Aminnn 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

22 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!