• Home
  • /
  • Events
  • /
  • Seminar Buat Duit Dengan Blog Tak Ternilai
Seminar Buat Duit Dengan Blog Tak Ternilai

Seminar Buat Duit Dengan Blog Tak Ternilai

Dalam hidup mana pernah sertai program ilmu luar biasa macam Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 ini walaupun sudah 3 tahun berblog, ilmu pun masih sedikit sebab tidak fokus dan tetapkan matlamat sepenuhnya apa yang di inginkan dalam berblogging. 2013 ini banyak perkara yang pertama kali saya lakukan untuk ke arah yang lebih baik.

Pengalaman sertai program Denaihati

Pengalaman di Seminar Buat Duit dengan Blog 2013

“Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak susah” itu yang selalu saya pegang, jadi dengan hadirnya ke seminar ini sangat terasa aura yang menarik sebab dapat berjumpa dengan blogger-blogger yang sebelum ini hanya berkomunikasi dalam blog dan sosial media saja.

Seminar ini sangat hebat dengan perkongsian ahli panel yang berjaya buat duit dengan blog seperti Nisa Kay, Titan, Shuth and Amanz dot my.

Forum yang menarik berkongsi pengalaman berblogging sehingga berjaya dan yang menarik dengan duit blog pun boleh hidup ini membuktikan bahawa menulis blog atau menjadi blogger itu bukan main-main, tapi sudah menjadi satu kerjaya yang tak ramai lagi orang ceburi.

Dari yang muda sehinggalah yang dah berumah tangga boleh berjaya dalam dunia blog, kerana tiada had untuk berjaya, siapa saja yang berusaha dan ingin berjaya pasti boleh berjaya.

Banyak sangat dapat daripada seminar ini sampai tak mampu nak ulas kembali, bermula dengan perjalanan menuju ke Kuala Lumpur bermula hari sabtu lagi.

Plan asal ada lari sedikit bila bas berhenti di tempat lain dan cari juga sampailah tiba ke destinasi, syukur alhamdulillah dipanjatkan kerana berjaya menghadiri seminar, selamat pergi dan selamat pulang.

Cabaran dalam perjalanan memang ada tapi mungkin ada lagi rakan blogger yang lain yang lebih hebat ujian mereka semasa dalam perjalanan.

Buah Tangan dari Seminar Buat Duit

Kebanyakan yang pergi seminar (bukan seminar inilah), yang juga pernah turuti mereka sangat mengharapkan ahli panel tunjukkan jalan A sampailah Z, itulah silap orang kita.

Walaupun diberi pendedahan dari A sampai Z sekali pun kita belum tentu berjaya kerana kejayaan itu di reka cipta daripada hasil usaha diri kita sendiri.

Always bear in mind that your own resolution to succeed is more important than any other…” – Abraham Lincoln 

Buah tangan dari Seminar

Kalau nak bandingkan dengan bayaran RM50 untuk seminar ini sangat tidak berbaloi. Nilai dalam Goody bag sendiri pun dah berapa, breakfast dan yang paling penting ilmu yang paling tak ternilai.

Jangan Baca Buku ini tulisan Abang Ensem, pada mulanya memang tak nak baca sebab dia tulis jangan baca, tapi ada AE ada dekat kaunter jualan buku dan t-shirt Denaihati jadi belilah sebab jarang-jarang sekali jumpa orang hebat.

Inilah bahan bacaan bulan ini, lepas habis final exam maka ada masa untuk betul-betul belajar pasal blog pula.

Pertama kali turun program blogger sebegini walau dah 3 tahun, sebelum ini mana-mana gathering ke belum pernah lagi join.

Dulu pernah tertanya kenapa tagline Denaihati itu Hidupkan Untuk Memberi dan hari ini rasanya persoalan itu sudah terjawab sejak bersama Denaihati Network.

Saya mungkin blogger yang masih baru di kalangan rakan blogger rakan Denaihati tapi mereka semua bukan setakat hebat tapi mesra kawan dan mesra alam.

Autograf dari Abang Ensem

Harap dapat jadi hensem jugakla bila dah habis baca buku ini.

Dari Blog ke Alam Realiti

Masa tengah makan sarapan, ada seorang lelaki tegur.

“Hello Mr. Khairul, are you blogger?”

“Yes, I am..” dengan yakin, haha.

Tak pernah terfikir pula title blogger selama ini tapi masa dekat seminar ini baru sedar yang saya ini blogger walaupun tak hebat dan pro.

Ramai yang join seminar bukan dari kalangan blogger dan yang tegur itu adalah salah seorang yang buat investment, dia ada ajak borak-borak pasal investment nanti bila ada masa dan ada bahagian yang tak boleh bagitau lagi, hehe.

bersama akma omar

Jeng jeng jeng dari blog ke alam realiti jumpa guru saya Akma Omar, mula tengok dari jauh segan nak tegur. Dalam seminar lepas breakfast baru perasaan dia ada kat belakang haha. Bila dah bergambar baru perasaan bahawa diri ini sangat tinggi haha. Harap selepas ini dapat jumpa lagi tuntut lagi ilmu

Semoga lain kali dapat lagi jumpa blogger dalam program-program yang bermanfaat macam ini.

Terima kasih kepada Boni Kacak, Kozumi dan Irwan sebab pick up dekat LRT Taman Jaya. Disebabkan pertama kali turun ke Petaling Jaya tak tahu pula belakang itu saja Hotel Singgah Sana.

Terima kasih juga kepada Penaja Utama  Little Scarf Collection dengan kerjasama Server Freak Web Hosting, Ummi Umairah, Ajwa Travel Sdn Bhd, eQurban dan sponsor-sponsor yang lain.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

62 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!