Selesai Membersihkan Timeline Facebook

Selesai Membersihkan Timeline Facebook

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepada Illahi di atas memberi kesempatan dan ruang dalam kesibukan yang saya ada untuk membersihkan segala kelekaan dan kecuaian diri sendiri sepanjang 4 tahun ini menggunakan media sosial Facebook. Semoga dengan kejayaan membawa kepada sebuah perjalanan hidup yang baru.

Segala jenis post, update, photo, permainan di Facebook saya telah berjaya memadamkannya bermula dari tahun 2009 sehinggalah kepada hari ini 2013 yang telah mengambil masa hampir seminggu.

Saya berasa tenang selepas selesai mendelete semua kisah-kisah lalu yang mungkin selepas ini tidak akan membelenggu perjalanan hidup yang seterusnya.

Malu, sesal dan tak percaya semua ada kalau kita semak kembali apa yang kita telah buat di Facebook bertahun lama.

InsyaAllah ini adalah satu pengajaran hidup yang bermakna dengan kesempatan ini juga saya memohon segala kemaafan kepada semua sahabat-sahabat dan rakan-rakan jika saya ada salah silap dan keterlanjuran selama ini.

Wassalam.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

18 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!