Selawat Syifa

Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang mulia kepada semua pembaca beragama Islam semoga hari anda lebih tenang hari daripada semalam dan terus menerus berada dalam redha Allah SWT disamping mendapat rahmat dan keberkatan daripadaNya.

Selawat Syifa’ antara selawat yang popular, sejak dari bangku persekolahan lagi malahan di zaman kanak-kanak lagi kita dididik dengan selawat ini.

Syukur alhamdulillah jika anda salah seorang yang tergolong dalam kalangan kanak-kanak yang kenal dengan selawat syifa’ ini.

Namun buat yang tidak tergolong anda masih belum lagi terlambat untuk menghayati selawat ini, jangan rasa pernah tercicir selagi mana kita belum pernah bermula.

Selawat Syifa

Selawat Syifa

“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

 

Hukum Selawat Syifa

Ada pun beberapa sumber telah menyatakan bahawa selawat ini tidak datang daripada baginda SAW sendiri dan tidak bersandarkan kepada mana-mana nas dan sumber daripada al-Quran.

Namun, pentafsiran secara ayat telah menimbulkan isu tentang meletakkan sifat ketuhanan kepada Nabi Muhammad SAW sehingga timbul isu selawat ini adalah syirik.

Untuk hukum lebih jelas kepada selawat syifa ini bolehlah rujuk penerangan daripada Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din di sini dan dapatkan penerangan secara audio di sini.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

20 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!