Selawat Nabi Muhammad SAW

Selawat Nabi tidak asing lagi sama ada kecil mahupun dewasa. Kenangan silau mengingatkan kemeriahan majlis selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W. Majlis Selawat Nabi sentiasa diadakan di sekolah dan juga di surau-surau kampung halaman.

Acara majlis Selawat Nabi tidak begitu formal. Hanya ringkas-ringkas sahaja sekadar berkumpul sama ada berdiri atau duduk dalam bulatan dan terus berselawat. Kalau di sekolah pula kebiasaanya akan diadaka majlis Maulidur Rasul dan berselawat beramai-ramai.

 

Kemeriahan Selawat Nabi Secara Berjemaah

Selawat Nabi

Berpakaian baju melayu bersongkok dan berkopiah. Manakala murid perempuan pula disuruh berpakaian baju kurung yang sama warnanya. Itu antara acara tahunan kalau di jabatan-jabatan kerajaan yang anjurkan.

Tidak kurang juga di sekolah-sekolah turut dimeriahkan lagi dengan pertandingan nasyid antara darjah-darjah atau kelas dan juga kelab beruniform.

 

Selawat Nabi Muhammad SAW

Acara dan program sebegini sebenarnya bagus. Secara tidak langsung telah mendidik anak-anak dan masyarakat akan kehidupan Islam. Boleh memberikan kesedaran kearah mencintai agama Islam dan Rasulullah S.A.W. Inilah gerak kerja warga pendidik dan pemimpin yang harus lakukan sebaiknya. Semoga ilmu dan budaya baik ini berterusan berzaman-zaman.

 

Selawat Nabi Dalam Kitab Barakat Makkiyyah

Selawat Nabi Muhammad SAW

Kitab Barakat Makkiyuah ini merupakan kitab mudab himpunan selawat nabi dan beberapa lagi jenis selawat. Seperti yang diterangkan bahawa mengamalkan selawat nabi dalam kitab Barakat Makkiyyah ini insyaAllah boleh menyelesaikan beberapa permasalahan.

Ini kerana penyusunan kandungan dalam kitab ini adalah berdasarkan doa-doa sama ada keluasan rezeki, kesempitan pemikiran, kesukaran perjalanan hidup dan berbagai lagi.

Beberapa testimoni juga menyatakan hasil daripada amalan kitab Barakat Makkiyyah ini terlindung dan sembur dari sihir. Perlu dibaca setiap hari iaitu sekali sehari dengan keadaan diri dalam keadaan berwuduk dan bersendirian. Ini perlu agar kita fokus semasa membacanya.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

5 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!