Selamat Pulang ke Kampung Halaman

Selamat pulang ke kampung halaman saya ucapkan kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang sudah mula bergerak pulang ke kampung halaman dan yang telah sampai ke kampung halaman yang mana saya kira tidak terlambat untuk ucapkan memandangkan raya jatuh pada hari Selasa.

Raya Haji atau Raya Aidil Adha tetap turut meriah walaupun ada sesetengah orang mengatakan Raya Aidiladha tidak semeriah Raya Aidilfitri.

Terpulang pada diri kita sendiri bagaimana kita meraikannya dan menilainya.

Apa-apa pun kedua-dua Raya ini adalah diiktiraf dan diraikan oleh Islam.

Semoga rakan-rakan yang akan memulakan perjalanan pagi nanti selamat dalam perjalanan, selamat sampai dan selamat kembali semula.

#Berapa lama korang semua cuti dan balik ke kampung mana?

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

18 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!