Selamat Hari Guru 2013 - Dedikasi Buatmu

Selamat Hari Guru 2013 – Dedikasi Buatmu

Di kesempatan ini saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar saya selama ini dan sehingga hari ini.

Dedikasi ini saya tujukan kepada guru-guru, ustaz-ustazah, cikgu-cikgu, Prof, Doktor, sifu WordPress, blogspot dan semua yang berkaitan dengan diri saya terutamanya yang mengajar di:

  • Taski Al-Falahiah Pasir Pekan
  • Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan
  • SMU(A) Bustanus Saadah Morak, Palekbang
  • Maahad Muhammadi Tumpat
  • Maahad Muhammadi Lelaki
  • Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
  • Universiti Kuala Lumpur MICET

 

Dedikasi Buatmu

Lagu ini sangat terkesan dalam diri ini sebab pernah nasyidkannya semasa sertai kumpulan nasyid masa form 3 dulu. Tiap kali dengar nasyid ini teringat zaman-zaman persekolahan. Paling bermakna dan bersejaraha adalah guru-guru semasa di sekolah menengah, banyak yang dipelajari dan didikan mereka begitu terpahat dihati.

Selamat Hari Guru 2013 - Dedikasi Buatmu

Semoga Allah S.W.T merahmati semua guru-guru saya dan buat Allayarham Mudir Ustaz Najmuddin semoga ditempatkan dikalangan insan beriman, doa dan bacaan Yasin dari diri ini takkan berakhir selagi nyawa di kandung badan.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

28 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!