Sedekah Setiap Jumaat

Sedekah setiap Jumaat pasti sudah menjadi satu kebiasaan buat sang Adam kerana mereka tiap kali tibanya hari Jumaat berpusu-pusu ke Masjid menunaikan solat Jumaat.

Sedekah setiap Jumaat masih belum menjadi amalan yang kebiasaan buat sesetengah insan, bagi menginfakkan sedikit daripada wang yang kita anda.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api…”
Hadis riwayat At-Tirmidzi

Sedekah Setiap Jumaat


Sedekah setiap Jumaat sebenarnya bukan satu kewajiban tapi ia menjadi satu amalan kebiasaan buat kaum Adam yang mengerjakan solat Jumaat.

Setelah selesai solat Jumaat, tabung-tabung akan diedarkan setiap baris saf solat bagi mereka yang ingin bersedekah atau berinfak kepada tabung masjid.

Jarang-jarang sekali ada tabung-tabung khas seperti tabung Palestin, orang-orang yang memerlukan bantuan, derma Ihya’ Ramadhan dan sebagainya.

Nilai Sedekah Setiap Jumaat


Sebenarnya nilai sedekah setiap Jumaat langsung tidak menjadi isu, tapi lagi banyak lagi bagus. Walaubagaimanapun ia bukanlah satu paksaan, sedekah hanya amalan sunat namun ganjarannya tetap lumayan.

Kita sedekahkan kepada masjid, pihak masjid mungkin gunakan hasil sedekah itu untuk bayar bil elektrik, air, beli peralatan masjid dan sebagainya.

Ini bermakna setiap kali ada orang menggunakan masjid pahala tetap akan berterusan kita terima, indahnya sedekah walau bermula dengan RM1 sahaja setiap Jumaat.

Maka boleh ditafsirkan bahawa nilai RM1 yang kita sedekahkan setiap Jumaat itu amatlah besar nilainya.

Bagaimana Dengan Kaum Hawa


Bagi pendapat saya mudah saja, wakilkan saja kepada kaum Adam yang pergi menunaikan solat Jumaat. Kalau tak pun, hari-hari pun tetap boleh dermakan.

Menderma bukanlah wajib sekadar hari Jumaat sahaja, tapi saya hanya fokuskan topik ini sebaris dengan solat Jumaat.

Alang-alang menuju ke masjid menunaikan solat Jumaat sambil-sambil menderma daripada hanya menolak tabung derma kepada orang sebelah, kita pun boleh keluarkan RM1 sahaja selagi mana kita ikhlas.

Infakkan Derma Anda Pada Yang Memerlukan


Jika anda berhajat untuk menginfakkan lagi sebahagian harta atau wang anda bolehlah menginfakkannya kepada Ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja.

Semoga derma yang kita hulurkan tidak menjadi sia-sia, perlulah ingat juga walau kita sering menderma amalan yang wajib harus kita jaga dan tidak ringan-ringankan.

Jika berminat untuk melakukan ibadah Qurban ini boleh lihat pakej yang disediakan di laman webnya.

Wallahu a’lam. Terima kasih :)

About The Author