Saya Mesti Bangkit Kembali

Saya mesti bangkit kembali setelah hampir seminggu meninggalkan blog dan penulisan dalam kerjaya blogger ini. Saya tak mampu hidup tanpa menjadi seorang penulis walau saya seorang yang kerdil, ilmu cetek dan tidak dikenali ramai sekali pun.

Saya suka mendalami ilmu-ilmu tentang blog dan menyertai beberapa kontes anjuran blogger-blogger lain malah juga suka membaca penulisan orang lain. Semua ini membuka minda kita secara tidak langsung.

Saya Mesti Bangkit Kembali

Kebangkitan semula harus dijelmakan agar matlamat dan tujuan menulis tidak terus terhenti, hal ini mengingatkan tentang entri mengenai Kembalikan Azam Tahun 2013 kita apakah sudah lapuk atau telah berjaya?

Rasa rugi jika saya berhenti menulis pada hari ini kerana hampir beberapa bulan saya berusaha mendalami ilmu tentang blog.

Bagaimana ingin membuktikan bahawa saya seorang anak Melayu yang boleh jika saya sudah berhenti dipermulaan jalan. Berada dalam komuniti WordPress dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan bimbingan secara tidak langsung adalah merupakan satu anugerah Illahi kepada diri ini.

Sukar itu masih ada tapi peluang yang datang takkan datang kembali jika kita melepaskannya begitu saja.

Gagal mencuba adalah lebih memalukan daripada mereka yang telah mencuba sedaya upaya kemudian mereka gagal.

Saya merasakan saya tidak boleh berhenti daripada menulis blog apatah lagi semenjak tahun 2013 ini saya sendiri telah merasakan duit dari blog, alhamdulillah syukur kepada Allah.

Mengapa Saya Mesti Bangkit Kembali?

Sebab blog adalah bagi saya:

  • Untuk mendapatkan ilmu
  • Menulis supaya bermanfaat buat manusia lain walaupun secebis ayat sekali
  • Menjana pendapatan sampingan
  • Boleh pergi jauh dan boleh berjaya
  • Banyak lagi kalau kita betul-betul berada dilandasan yang betul

Saya akui saya tidak hebat dan tidak popular tapi saya suka berusaha untuk berjaya itu saja sudah memadai. Mempelajarai dan menguasai ilmu dalam blog perlukan usaha yang gigih datang dari diri sendiri bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah.

Walau rasa jauh ketinggalan namun ia tidak menjadikan alasan bagi saya untuk terus melihat dan biarkan begitu saja.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya akan menulis kembali seperti biasa mulai saat ini, andai ada kontes dan apa-apa saja ingin dikongsikan khabarkanlah kepada diri ini.

Wassalam 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

16 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!