Salam Nuzul Quran 1434H

Salam Nuzul Quran 1434H

Nuzul Al-Quran sudah tiba pada 17 Ramadhan setiap tahun ini menandakan bahawa Ramadhan bakal memasuki fasa ke-3 beberapa hari lagi iaitu bermulanya 20 Ramadhan hinggalah penghujungnya.

Sudahkah anda menjelaskan Zakat Fitrah? Kini masa masih ada waktu untuk menjelaskan zakat fitrah di kawasan tempat tinggal masing-masing. Sesungguhnya zakat itu menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan kita.

Peristiwa Nuzul al-Quran

Inilah saatnya berlaku peristiwa turunnya ayat al-Quran secara berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang kita lihat pada hari ini.

Ianya bukan diturunkan sebiji terus kepada Nabi Muhaammad S.A.W tapi secara berperingkat-peringkat mengikut keadaan dan peristiwa yang berlaku pada ketika itu.

Ianya juga berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadhan tahun ke-41 daripada Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira’.

Subhanallah betapa agungnya penurunan al-Quran ini semoga menjadi pedoman dan panduan buat hidup kita.

Salam Nuzul Al-Quran daripada saya seorang hamba yang hina ini, semoga sentiasa kita berada di dalam naungan Allah S.W.T. Aminnnn 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

4 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!