Salam Nisfu Sya'aban 1434H

Salam Nisfu Sya’aban 1434H

Nisfu Sya’aban kini sudah menjelma menandakan bahawa tidak hampir 15 hari lagi atau lebih kurang 2 minggu lagi kita bakal menjemput bulan Ramadhan ke dalam diri kita. Bulan Sya’aban juga merupakan salah satu bulan yang digalakkan untuk kita beribadah secara berperingkat-peringkata.

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan maksiat dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya”
Al-Maa-i-dah (2)

Peristiwa Penting Bulan Sya’aban

Salam Nisfu Sya’aban 1434H

Peperangan Bani Mustaliq

Mengikut perjalanan sirah, peperangan Bani Mustaliq ini berlaku pada 5 Sya’aban 5 Hijrah, iaitu serang terhadap Bani al-Mustaliq kerana mereka dikatakan membantu orang Quraisy Makkah dalam peperangan Uhud. Peperangan ini berlaku di Pengkalan Air al Muraisi’ di Wadi Qudaid.

Malam Nisfu Sya’aban

Kebanyakan umat Islam akan meraikan malam Nisfu Sya’aban ini dengan bacaan zikir dan Yaasin sebanyak 3 kali.

Antara kebiasaan cara bacaan Yaasin pada malam ini ialah:

  • Bacaan Yaasin ke-1 – Memohon dipanjangkan umur
  • Bacaan Yaasin ke-2 – Memohon dijauhkan segala bala bencana
  • Bacaan Yassin ke-3 – Memohon hanya berhajat kepada Allah S.W.T

Doa Yaasin pada malam nifsu Sya’aban iaitu dibaca setiap kali tamat bacaan Yaasin.

Salam Nisfu Sya’aban 1434H

Peristiwa Pertukaran Kiblat

Peristiwa pertukaran kiblat ini dikatakan berlaku pada tahun ke-2 Hijrah, yang mana hampir 16 hingga 17 bulan Baginda S.A.W menunaikan solat dengan berkiblatkan ke arah Baitulmaqdis dan setelah diperintahkan Allah S.W.T, kiblat telah bertukar ke arah Kaabah dengan solat Asar yang pertama.

Hukum Bacaan Yaasin Malam Nisfu Sya’aban

Adalah dinyatakan bahawa tiada hadith sahih pun mengenai amalan bacaan Yaasin, puasa sunat sempena Nisfu Sya’aban ini tetapi yang ada hanya hadith dhaif.

Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita baca Yaasin ini, pahala bacaan tetap kita dapat atas usaha amalan kita tersebut.  Harap tonton video untuk penjelasan lebih lanjut.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

36 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!