Salam Maulidur Rasul 1435H

Salam Maulidur Rasul 1435H

Salam Maulidur Rasulullah S.A.W diucapkan kepada semua sahabat yang beragama Islam diseluruh pelusuk dunia tidak kira berada di negara Islam mahupun tidak.

Salah satu peristiwa besar dalam Islam adalah saat kelahiran Baginda S.A.W yang mana telah membawa satu perubahan besar dalam kehidupan umat Islam seluruh alam.

Penghayatan Maulidur Rasul

Sejauh manakah kita menghayati akan peristiwa kelahiran Nabi Muhaammad S.A.W ini di zaman serba canggih ini serta dengan kesibukan yang melanda pada hari ini.

Bagi saya sendiri, saya bersyukur dengan dunia pekerjaan saya sekarang kerana situasinya kini saya berpeluang untuk beramal ibadah dengan tenang serta dapat menyusun kembali kehidupan saya untuk menuju kearah lebih baik sama ada dari segi duniawi mahupun ukhrawi.

Penghayatan kita terhadap hari kebesaran sebegini sememangnya sudah mempunyai berbagai versi dan pilihan andai kita tidak punyai masa yang begitu terluang.

Kepelbagaian Sambutan Maulidur Rasul

Dalam Islam sendiri mempunyai pilihan yang memudahkan umatnya untuk beribadah asalkan tidak lari dari landasan asal syarak.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Di hari Maulidur Rasul kita boleh:

  • Menghadiri majlis-majlis memperingati kelahiran Baginda S.A.W
  • Memperbanyakkan selawat
  • Ingat atau muhasabah kembali kisah-kisah perjuangan Baginda S.A.W
  • Semak kembali berapa banyak sunnah Baginda S.A.W yang telah kita amalkan
  • Perbaiki diri lagi
  • Berpuasa sunat
  • Baca Al-Quran atau sedekahkah Al-Fatihah kepada Baginda S.A.W serta para sahabat-sahabat Baginda

Banyak lagi boleh kita lakukan sebagai memperingati hari kelahiran Baginda S.A.W cuma yang membezakan besar atau tidak bagi kita hari ini adalah dalam diri kita sendiri.

Daripada Penulis

Memetik kandungan utama daripada buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam menyentuh beberapa perkara asas yang dapat menjadikan langkah utama menggerakkan hati kita mendekati agama dengan cara yang betul.

Buku ini dikarangkan oleh Al-Ustaz Fathi Yakan menyentuh beberapa kandungan utama:

  • Saya mestilah Muslim di sudut ‘Aqidah
  • Saya mestilah Muslim di sudut ‘Ibadat
  • Saya mestilah Muslim di sudut Akhlaq
  • Saya mestilah Muslim di sudut Berkeluarga

Campuran kandungan ulasan ini dapat mengupas serta membantu kita semak kembali sejauh mana telah kita bersama Islam semenjak kita di Islamkan dari kelahiran kita lagi.

Maka di hari Maulidur Rasullullah S.A.W ini boleh jadikan satu hari untuk kita semak kembali adakah sistem Islam yang kita amalkan sehingga umur kita pada hari  ini telah menepati syarat lulus oleh Allah S.W.T atau tidak.

Sama-sama kita perbaiki, wasssalam 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

16 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!