Salam Maal Hijrah 1436H

Assalamualaikum dan salam sejahtera, syukur ke hadrat Illahi kerana dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk terus beramal dan beribadah sehinggalah dipertemukan lagi pada tahun baru Hijrah ini 1436H.

Setahun yang lalu berbagai ujian yang diberikan alhamdulillah dengan kekuatan dan doa sahabat-sahabat terus berjuang untuk bangkit kembali. Kebangkitan selepas sesuatu kejatuhan pasti amat bernilai buat sesiapa sekali pun.

Kita letakkan diri kita serta pemikiran kita dalam segmen positif. Maka nilai-nilai positif yang lain bakal hadir pada diri kita, justeru menjadikan kita sendiri mempunyai keyakinan dan kekuatan dalaman sendiri.

Beberapa emel yang saya terima bertanyakan bagaimana ingin positif?

Tanpa ragu-ragu lagi saya menjawab kembali kepada asas utama kita dan perbetulkan solat kita. InsyaAllah Allah S.W.T akan tunjukkan jalan yang terbaik buat kita.

 

Salam Maal Hijrah 1436H

Justeru dikesempatan ini saya yang kini jarang-jarang sekali menulis dilaman ini. Memohon ribuan serta jutaan terima kasih kepada pengunjung serta pembaca blog ini.

Tidak ketinggalan juga memohon ribuan serta jutaan mohon maaf andai ada tersalah silap selama saya berada di bidang penulisan yang picisan ini.

Maafkan saya ada yang terguris daripada penulisan saya ini, maafkan juga jika tidak sempat membalas apa-apa saja komen serta soalan yang diajukan.

Semoga kita semua mendapat rahmah dan keberkatan daripada Allah S.W.T. Salam Maal Hijrah 1436H

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

6 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!