Salam Maal Hijrah 1435H

Salam Maal Hijrah 1435H

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,  pejam celik pejam betapa cepatnya masa pantas berlalu ini tiba sudah tahun baru Hijrah 1435H. Setahun pantas berlalu rasanya baru sahaja menyambut awal Muharram yang lalu di Melaka dan kini sudah menjangkau lagi setahun.

Ingat lagi aura Aidilfitri yang tak terasa tahun ini dan manakala  raya Aidiladha yang begitu bermakna buat diri ini tahun ini.

Kalau masa zaman sekolah meriah juga sambutan awal Muharram ini huhu boleh tersenyum kalau diingatkan kembali.

Boleh kira ada program khas untuk sambutan awal Muharram tapi tak semua detik masa lalu yang akan kita ingat selama-lamanya.

Salam Maal Hijrah 1435H

Dengan kesempatan yang ada ini saya mengucapkan Salam Maal Hijrah serta tahun baru Islam buat semua rakan dan sahabat.

Semoga datangkan tahun baru Islam ini akan membuatkan kita lebih lagi tingkatkan amalan dan ibadah kita.

Semoga dosa-dosa kita pada tahun yang lalu terampun dan kita sentiasa terus berusaha untuk menuju ke arah yang lebih baik.

Wassalam 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

14 Comments

error: Content is protected !!