Salam Aidilfitri 1435H

Asssalamualaikum dan Salam Aidilftri buat semua rakan serta sahabat online, blogger, pembaca dan pengunjung laman blog ini. Sempena masih lagi di dalam bulan yang mulia saya menyusun sepuluh memohan maaf kepada semua rakan-rakan dan sahabat “Maaf Zahir dan Batin”.

Setelah sekian lama tidak menulis, Alhamdulillah pada kali ini diberikan sedikit kesempatan untuk menulis kembali sekerat cerita yang tak seberapa.

 

Maaf Zahir Batin

Maaf Zahir Batin kepada semua sama ada secara langsung atau tidak langsung kita mengenali antara satu sama lain. Sekian lama saya tidak diberikan ruang masa untuk menulis kembali di blog ini.

Ampun dan maaf dipinta kepada pembaca dan pengunjung yang telah menghantarkan pelbagai soalan melalui emel, inbox laman Facebook serta Contact form dari blog ini.

Setiap hari hanya mampu buka Facebook melalui telefon dan tidak berkesempatan menyemak sebarang emel dari blog.

Maaf juga dipinta kepada semua rakan blogger kerana saya tidak dapat menyertai apa-apa events serta contest yang anda semua anjurkan.

Terima kasih kepada saudara blogger Khairil Mazri kerana hantar kad raya. Semoga bro dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

 

Ramadhan Yang Bermakna

Alhamdulillah diucapkan, tahun ini berjaya mengharungi bulan Ramadhan yang lebih baik dan terbaik daripada tahun lepas. Banyak perkara yang saya pelajari sepanjang menghadapi Ramadhan tahun, perasaan berada di awal, pertengahan dan pengakhiran Ramadhan itu sangat merentap jiwa seiring dengan bulan yang penuh barakah. Alhamdulillah.

Saya doakan rakan-rakan juga telah mendapat ‘sesuatu’ daripada Ramadhan yang baru saja berlalu. Semoga kita dipertemukan lagi pada tahun hadapan, InsyaAllah.

Tabah, muhasabah, istiqamah, cekap, cekal, disiplin antara nilai-nilai yang secara automatiknya dipraktikkan dalam diri kita setelah berakhirnya Ramadhan ini.

Kita terpaksa melupakan sesuatu yang lain demi mendapatkan sesuatu yang lain pada masa yang begitu singkat.

 

Nilai Pandangan Kita

Percayalah apa saja pekerjaan yang kita lakukan selagi mana ia halal kita tak perlu malu walau pekerjaan itu tidak seberapa gah. InsyaAllah rezeki itu Allah SWT yang kurniakan kepada kita.

Saat kita melihat orang lain bukan menilai betapa hebatnya diri kita berbanding dia tapi lihatlah sebaliknya.

Tak siapa mampu fahami kita seratus peratus melainkan diri kita sendiri yang tahu apa dan bagaimana keadaan kita pada saat ini.Saya mendoakan semua rakan-rakan saya dipermudahkan urusan, pekerjaan, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Wassalam.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

11 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!