Sakit Lutut Kaki Dan Sendi

Sakit lutut, saya masih ingat lagi luahan seorang kawan mengenai lutut beliau. Pada mulanya tidak dapat membayangkan bagaimana kesakitan itu. Namun apabila diri sendiri juga pernah alami sakit lutut barulah ketahui seksanya.

Lutut antara sambungan peha dan kaki yang begitu penting bagi badan kita. Bayangkan saat kita kebas kaki sekali pun sudah merasa seksa untuk berdiri dan berjalan. Jika saat sakit lutut pula pastinya kesakitan itu sangat melampau dan amat seksa.

 

Punca Sakit Lutut Kaki

Sakit Lutut Kaki

Orang muda suka lasak-lasak, orang tua sentiasa berhati-hati. Ketika kita sihat dan cergas khususnya pada waktu muda kita lupa untuk menjaga fungsi badan kita dengan baik. Apabila mula jatuh sakit, ketika itulah kita merasakan nikmatnya sihat dan cergas.

Berikut adalah beberapa punca terjadinya sakit lutut kaki:

 

Serpihan Tulang

Serpihan tulang pada bahagian lutut kaki anda mungkin berpunca daripada serpihan tulang. Hal ini boleh terjadi jika anda pernah mengalami hentakan yang kuat pada lutut seperti terjatuh, kemalangan atau juga retakan. Kebiasaannya bahagian ini akan kelihatan cepat membengkak dan sakit serta kebas.

 

Kepala Lutut Beralih Kedudukan

Perkara ini biasa terjadi bagi mereka yang kerap bersukan atau tidak mengamalkan cara bersukan yang betul. Disamping itu juga kepala lutut berpotensi untuk beralih kedudukan apabila anda mengalami kemalangan melibatkan bahagian lutut.

 

Patellar Tendonitis

Sakit lutut ini juga dikenali sebagai sakit bahagian tendon. Ia berfungsi sebagai pengikat antara tulang dan otot. Kesakitan ini berpotensi berlaku kesan daripada aktiviti fizikal yang kerap dan keterlaluan. Kenali potensi kekuatan anda bantu mencegah perkara ini berlaku.

 

Bursitis

Setiap sambungan sendi ada lendir yang berfungsi sebagai pelincir. Jadi kesakitan ini adalah disebabkan bengkak yang berlaku pada selaput yang mempunyai lendir ini. Terlalu kerap penggunaan lutut dan sering terjadi boleh menyebabkan sakit ini berlaku.

 

Iliotibial Band Syndrome

Iliotibial adalah nama sekeping tisu yang bersambung dari peha ke betis. Kesakitan ini berlaku apabila penggunaan adalah berlebihan dan terlalu letih lantas menyebabkan ia menjadi bengkak. Sesetengah mereka yang berlatih di gimnasium kerap menghadapi perkara ini.

 

Medial Plica Syndrome

Plica adalah nama sejenis lipatan tisu pada lutut kaki. Tisu ini boleh membengkak dan terasa sakit apabila lutut digunakan terlalu kerap dan berlebihan. Kesakitan sebegini biasanya berlaku dari dalam, pasti amat sakit berbanding kesakitan luaran yang masih boleh diurut sekurang-kurangnya.

Punca-punca ini tidak semestinya berlaku serentak pada waktu kesakitan yang sama. Mungkin antara salah satu jenis ini berlaku saat kita merasakan lutut sakit. Selain itu, tidak semua yang sakit lutut itu adalah gaut.

 

Penawar Sakit Lutut Kaki

Sakit Lutut

Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati. Mencegah lebih baik daripada mengubati namun jika sudah terkena juga pastinya merawat itu satu perkara yang wajib. Tak mungkin jika ingin sekadar menahan sakit lutut. Sekurang-kurangnya ada pilihan untuk rawatan yang murah dan mudah.

Pro Kas merupakan antara penawar bagi mereka yang mengalami kesakitan lutut. Merawat bahagian anggota badan yang kerap lenguh atau seperti yang dinyatakan diatas adalah antara fungsi Pro Kas ini.

Kesakitan lutut yang kita alami juga boleh menyebabkan badan terasa lesu dan tidak bermaya. Penggunaan penawar sakit lutut ini sebagai fungsi utama merawat lutut dan mampu memberikan kembali kesegaran dan kecergasan.  Boleh cuba bagi yang mengalami kesakitan lutut kaki.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

9 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!