Renungilah dan Bersyukur

Renungilah dan bersyukurlah atas apa yang berlaku dan atas apa yang kita miliki dalam kehidupan kita seharian semoga kita sentiasa berada dalam naungan keredhaanNya.

Kadang-kadang kita harus terfikir apa saja yang kita kejar dalam kehidupan kita dan setiap pelusuk yang kita jejaki dan cuba usahakan tetap kita merasakan belum mencukupi.

Mungkin itu cabaran demi cabaran yang datang sesungguhnya hidup ini penuh dengan ujian dan cabaran demi menguji dan mematangkan diri kita sendiri .

Renungilah dan Bersyukur

Setiap daripada kita akan menghadapi masalah dan ujian tersendiri apabila lagi-lagi semakin meningkat dewasa dan umur kita.

Ada yang jatuh tersungkur dan ada yang terkelu seketika, dalam ketika jika berada dalam kejatuhan dan permasalahan kita seharusnya renungilah dan bersyukur atas apa yang sedang berlaku kepada kita waktu itu.

Jangan terus menerus meletakkan diri dalam keadaan kejatuhan atau sudah tersungkur tidak mampu bangkit lagi.

Saat semangat kita lemah, kita harus renungi kembali apakah dan dimanakah silap kita sehinggakan kita teruji sedemikian.

Saya, anda dan mereka juga mungkin pernah alami perkara yang sama, namun situasi dan keadaannya tetap berbeza.

Kita renungi dan berfikir seketika, ujian yang ditimpakan ke atas kita sudah semestinya kita mampu hadapinya kerana Allah SWT tidak akan menguji hambaNya jika kita tidak mampu hadapinya.

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya….” 
al-Baqarah 286

 

Jatuh dan Muhasabah

Saat saya berada di ambang kejatuhan dahulu, sukar juga untuk menerima ujian dan dugaan yang diberikanNya tapi saya percaya dengan janji-janji Allah SWT bahawa selepas kesulitan pasti ada kemudahan.

Muhasabah diri kembali dan dekatkan diri kita kepadaNya pasti kita akan merasa tenang, menangis dalam sujud terakhir setiap solat pasti lebih membuahkan luahan perasaan yang jelas.

Berdoa dan teruskan berdoa walau menitis sekali pun air mata, Dia Yang Maha Esa pasti mengabulkan doa hambaNya.

Tidak perlu malu untuk kita meminta daripadaNya, yang penting istiqomah dan tidak berputus asa dalam meneruskan kehidupan.

Pernahkah anda hadapi saat sebegini?

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

34 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!