• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Rambut Panjang, Pendek Mana Lebih Kacak?
Rambut Panjang, Pendek Mana Lebih Kacak?

Rambut Panjang, Pendek Mana Lebih Kacak?

Rambut panjang, pendek mana lebih kacak bagi persepsi korang? Apa bezanya rambut panjang dan rambut pendek? Ada apa beza dengan 2 jenis kepanjangan ini?

Ramaikah yang suka berambut panjang dan berambut pendek? Apa yang menariknya dengan rambut panjang dan rambut pendek? Orang kata kalau kepala lawa, lawalah rambutnya tapi betulkah semua itu?

Cara Menjaga Rambut Panjang

Kalau nak berambut panjang, kita perlulah tahu akan penjagaannya, dari segi kekemasan, perapian dan cara menggayakan.

Ramai yang berimpian ingin berambut panjang namun mereka tidak tahu memeliharanya jadi terpaksalah potong menjadi pendek.

Untuk berambut panjang kita perlulah tahu bagaimana ingin menggayakannya, jadi tidak salah sesekali masuk ke salon rambut untuk bersihkan rambut kadang-kadang barulah rambut tampak kelihatan segar.

Begitu juga dengan penjagaannya, jenis minyak rambut yang kita gunakan, tak semua orang mampu menggunakan minyak rambut yang hampir sama, sebab lain-lain punya rambut lain-lain punya sensitiviti dan alahan.

Cara Menjaga Rambut Pendek

Samalah juga bagi yang berambut pendek, apa-apa saja jenis gaya rambut kita memerlukan penjagaan kita sendiri.

Kacak atau bergaya seseorang itu dilihat dari segi cara pengurusan dirinya terutamanya rambut. Rambut berserabai? Siapa yang berkenan? Rambut kemas, rapi wahhh pasti menjadi tarikan ramai !.

Jadi pemilihan tukang gunting ataupun tempat kita menggayakan rambut juga berperanan penting. Masuk-masuk saja kedai tukang gunting dah tau bagaimana mahu menggayakan rambut kita atau kita yang memberitahunya bagaimana ingin menggayakan rambut kita?

Tentukan Gaya Rambut Anda

Adalah lebih baik kita yang tentukan bagaimana ingin kita gayakan, ingat bayar mahal tapi tak pandai uruskan rambut tiada guna.

Begitu juga dipotong kemas dan rapi tapi kita tidak tahu cara menggayakannya juga tidak guna. Jadi, jika kurang mahir apa salahnya pergi ke saloon dan tanyalah tukang rambut apakah gaya rambut yang terbaik dan sepadan dengan kita dan bagaimana dengan cara penjagaannya?

Barulah berbaloi bayar mahal !

Agak-agak mana satu lebih kacak, berambut pendek atau panjang?

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

28 Comments

error: Content is protected !!