• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Rahsia Mendidik Anak Soleh

Rahsia Mendidik Anak Soleh

Dalam setiap perkahwinan pasti mempunyai keinginan untuk memiliki anak yang soleh. Namun rahsia mendidik anak soleh merupakan satu usaha yang bermula dari awal lagi. Perkahwinan merupakan satu penyatuan ikatan yang suci.

Menyatukan dua jiwa dan hati bersama dalam membina sebuah kehidupan yang diberkati dan diredhai. Betapa indah dan syukurnya memiliki pasangan teman hidup bagi mengharungi susah dan senang bersama

 

Anak Rezeki dari Allah

Betapa gembira ibu dan ayah saat dikhabarkan dengan kehamilan hasil perkahwinan mereka. Malah lagi gembiranya mereka dengan kelahiran seorang anak. Inilah rezeki dari Allah SWT buat hambaNYa.

 

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Talaq ayat 2-3)

 

Anak merupakan rezeki dari Allah SWT, namun bagaimana kita menjaga serta memelihara pemberian Allah SWT ini kepada kita yang bergelar ibu bapa atau emak dan ayah.

 

Rahsia Mendidik Anak Soleh

Rahsia Mendidik Anak Soleh

Pelbagai rahsia mendidik anak soleh yang bermula dari sejak hari kelahiran anak lagi. Selaku ibu bapa kita haruslah mempunyai ilmu dan pengetahuan mendidik. Tidak mengskopkan sepenuhnya bahawa mendidik anak itu bermula sewaktu persekolahan.

Fitrah kehidupan dan naluri ibu bapa mendidik anaknya menjadi seorang insan yang berguna. Inginkan anaknya mampu berbakti kepadanya bila dewasa nanti. Hasrat yang mulia haruslah disertai dengan segala usaha keras yang tidak putus asa.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

“Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” 
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 

 

Bagaimana Mendidik Anak Soleh

Segalanya bermula daripada ibu bapa sendiri sebagai pemula dan insan yang paling rapat dengan anak. Anak-anaknya sememangnya memerlukan bimbingan daripada ibu bapa sungguh pun telah dewasa sekalipun.

Permulaan dalam mendidik anak perlulah bermula dengan rasa cinta, ikhlas, tekun dan bijak mengatur langkah demi langkah sehingga ia dewasa. Kebanyakan ibu bapa gemar memarahi dan menengking anak-anak mereka akan kesalahan yang dilakukan. Namun ada ibu bapa yang berjaya mendidik anak-anak tanpa menengking dan memarahi mereka. Inilah rahsia mendidik anak soleh yang sebenar!

 

Pendidikan Anak-Anak

Pendidikan awal anak-anak amat memainkan peranan yang penting. Namun suntikan pendidikan berbentuk Aqidah bakal menyediakan landasan yang tepat buat anak soleh. Tidak tertumpu kepada pendidikan duniawi semata di awal pembelajaran kepada mereka.

Suntiklah anak untuk menjadi anak yang soleh dan berguna dengan suntikan pendidikan Aqidah. Inilah suruhan dan ajaran agama Islam. Mendidik anak dengan acuan yang betul tidak semestinya menghantar ke pusat pendidikan yang esklusif semata-mata.

 

Pelaburan dan Keuntungan

Nah satu ungkapan yang bermakna buat ibu bapa semua. Ramai pakar motivasi menujukan soalan kepada ibu bapa akan keuntungan mendidik anak-anak.

Adakah wang yang anda laburkan kepada pendidikan anak-anak sejak lahir memberikan satu keuntungan atau menghampakan kepada anda pada masa depan?”

 

Senarai Semak Rahsia Mendidik Anak Soleh

Rahsia Mendidik Anak Soleh

Setiap kesilapan pasti ada jalan memperbetulkannya. Mendidik anak-anak merupakan satu pelaburan untuk akhirat kelak. Kesilapan mendidik anak tanpa diperbaiki secepat mungkin bakal memberikan kerugian amat besar kepada ibu bapa.

Adakah tenang ibu bapa yang meninggal dunia tanpa atau belum mendidik anaknya dengan sebaik mungkin?

Beberapa senarai semak yang harus ibu bapa capai dalam rahsia mendidik anak soleh seperti berikut:

  • Menghukum anak agak tidak mempengaruhi zaman remaj
  • Memuji anak tanpa menjadikan ia terlebih manja
  • Kesesuaian masa mendidik anak dengan betul
  • Didik anak dengan penuh rasa cinta dan sayang yang berpanjangan
  • Peraturan dalam rumah bantu didik anak soleh
  • Teknik tangani tingkah laku dan perangai anak-anak

 

Pastikan panduan Rahsia Mendidik Anak Soleh sebagai pandu arah mendidik anak dengan jalan yang betul. Anak yang soleh adalah lebih bernilai daripada memiliki harta berjuta-juta.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

23 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!