Rahsia Lulus Temuduga SPA

Rahsia lulus temuduga di sektor kerajaan atau lebih popular dikenali sebagai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjadi bahan penting buat calon atau bakal menduduki temuduga ini. Bekerja di sektor kerajaan semakin mendapat tempat dikalangan golongan yang mencari kerja.

Tempoh hari beribu-ribu menduduki peperiksaan bagi ditempatkan diri di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Setelah dibuat sedikit kajian secara peribadi, didapati bahawa ramai yang mengeluh dan mengalah sebelum mencuba! Ingat dalam penempatan jawatan dalam sektor kerajaan tidak semestinya bergantung kepada nasib semata-mata.

Kejayaan tetap bermula dengan usaha! Tidak bergantung kepada nasib semata-mata.

 

Masalah Minta Kerja Kerajaan

Saya lebih suka menggantikan perkataan masalah itu kepada ujian. Kerana masalah itu bersifat menguji kita dan menambah lagi tahap kesabaran kita.

Hakikatnya begitulah beberapa ujian dan kesukaran yang dihadapi oleh mereka yang cuba meminta kerja dalam sektor kerajaan. Usahkan ingin rahsia lulus temuduga, pada peringkat awal sekalipun belum cukup lengkap sepenuhnya.

Antara beberapa kategori calon:

  • Banyak menghadiri temuduga tapi tidak berjaya
  • Banyak kali mengisi borang tapi tidak terpilih
  • Fresh graduate pertama kali hadir temuduga
  • Tiada tips dan rahsia lulus temuduga yang tepat
  • Tidak memberikan jawapan yang tepat pada sesi temuduga
  • Lemah penguasaan Bahasa Inggeris bagi menghadapi temuduga
  • Tidak tahu soalan lazim pada sesi temuduga
  • Tidak tahu bina komunikasi positif semasa temuduga

 

Kelebihan Kerja Kerajaan

Dahulunya ramai yang tidak celik dan sedar untuk berada di sektor kerajaan. Saat itu jarang orang ambil cakna dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, apa fungsinya dan apa kebaikan serta kelebihannya.

Namun zaman telah berubah, ramai yang telah celik dan sedar akan kelebihan dan kepentingan ini. Malah ramai yang ternanti-nanti akan dipanggil temuduga kerja kerajaan.

Anda pasti salah seorang yang sedang ternanti-nanti akan panggilan ini. Jika sudah mula dipanggil, tahniah dan ambil langkah ini segera kerana mereka yang bermula sekarang lebih baik daripada sejam kemudian!

 

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Rahsia Lulus Temuduga SPA

Buka lagi minda dan besarkan jiwa anda. Jiwa yang ingin berjaya akan bermula dengan segera tidak melengah-lengahkan tindakan kerana mereka sedar sesaat mereka melengahkan seratus yang lain telah kedepan meninggalkan kita.

Rahsia lulus temuduga sama ada kerja kerajaan atau mana-mana jawatan seperti tertera di dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tetap menjadi rahsia sehingga anda sendiri memilikinya.

Miliki dan praktikkan pasti berjaya kerana ada gelombang usaha dari jiwa anda sendiri.

 

Sebab gagal temuduga kerja kerajaan:

  • Calon tidak bersedia yang tidak mempunyai pengetahuan secukupnya
  • Terlalu yakin sebelum semasa dan selepas temuduga
  • Cara pemakaian yang tidak tepat pada sesi temuduga
  • Gagal membina komunikasi tarikan dan positif semasa temuduga

ebook rahsia lulus temuduga

Ebook Panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Dapatkan panduan ini bagi mencapai cita-cita anda dalam memburu kerja kerajaan. Saya juga telah mendapatkan panduan lulus temuduga dan rahsianya saya simpan untuk hadapi mana-mana temuduga kelak.

Buat anda yang mencari kerja di sektor swasta, panduan lulus temuduga ini juga boleh dijadikan panduan.

Mana-mana syarikat sekali pun anda hadiri temuduga anda tetap perlu siapkan diri sebaiknya untuk berjaya. Perkara yang perlu tahu dan paling penting bagaimana anda mampu menyakinkan penemuduga mengambil anda untuk bekerja!

Ebook ini bersifat ringkas dan mudah difahami serta boleh terus dipraktikkan semasa temuduga. Ia juga adalah sebuah perkongsian yang berdasarkan pengalaman. Nah! inilah keemasan yang bernilai buat mereka pertama kali ingin menghadiri temuduga kerja kerajaan.

Pelajarilah bagaimana anda ingin menonjolkan diri anda serta mempamerkan kelebihan pada diri anda sewaktu temuduga tanpa dicemuh oleh para penemuduga.

Semoga berjaya !

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

28 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!