• Home
  • /
  • Info
  • /
  • Promosi Domain Dot My RM9.90

Promosi Domain Dot My RM9.90

Promosi Domain Dot My dengan harga RM9.90 dibawakan oleh pihak MYNIC Berhad. Tawaran ini amat menarik buat anda yang berminat ingin mempunyai domain dengan nama sendiri. Promosi ini hanya sah untuk 2 minggu sahaja bermula 17 November sehingga 30 November 2014.

Ini hanya artikel hebahan sahaja dan bukannya artikel promosi bagi pihak MYNIC Berhad.

 

Terima Kasih MYNIC Berhad

Promosi Domain Dot My RM9.90

Pada mulanya saya ingin keluarkan artikel bertajuk Terima Kasih MYNIC Berhad. Ini adalah daripada rentetan emel berpanjangan antara saya dan pihak MYNIC Berhad.

Kini sudah masuk tahun kedua juga saya menggunakan domain dot my. Saya ada beberapa blog menggunakan dot my walau tidak dipamerkan secara umum.

Terima kasih kepada pihak MYNIC Berhad kerana telah menyelesaikan isu pertukaran emel saya. Pertukaran ini kerana pihak yang mendaftakan pada awal pendaftaran tidak mengendahkan permintaan penukaran ini.

Jadi saya mengambil inisiatif untuk menghubungi sendiri pihak MYNIC Berhad walau mengambil sedikit masa.

Buat yang terharu bagi saya pihak MYNIC Berhad sendiri telah menghubungi saya melalui telefon untuk memohon maaf akan keterlewatan pihak mereka menyelesaikan isu saya.

Ini kes sama dengan artikel yang saya terbitkan Terima Kasih ServerFreak yang lalu.

Tidak menjadi isu kerana saya juga sibuk dengan kerja hakiki saya dan walaubagaimanapun saya sentiasa follow up melalui emel setiap hari.

 

Promosi Domain Dot My RM9.90

Promosi Domain Dot My RM9.90

Balik kepada tajuk, promosi domain ini berlangsung selama dua minggu sahaja. Kepada mereka yang berminat untuk memiliki domain tanpa had dan gila-gila boleh dapatkan segera.

Saya sarankan kepada penulis blog yang belum mempunyai domain sendiri inilah masa yang sesuai. Jika anda ketahui harga sebenar domain dot my tanpa promosi pasti anda akan rebut peluang ini.

Domain dot my merupakan satu lambang imej kepada negara kita sendiri iaitu Malaysia. Sudah ramai yang memiliki blog atau laman peribadi dengan berdomain kan dot my.

Saya pasni pihak MYNIC Berhad akan menguruskan pengaktifan domian dot my sebaik mungkin apabila anda mendapatkannya dengan harga semurah ini.

Jangan tunggu lagi dapatkan segera dan mulakan penulisan anda sebaik mungkin!

Promosi Domain Dot My RM9.90

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

19 Comments

error: Content is protected !!