Home Islam Program Qurban dan Aqiqah
Program Qurban dan Aqiqah
15

Program Qurban dan Aqiqah

324
15

Program Qurban dan Aqiqah adalah merupakan program anjuran oleh eQurban Resourses Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk membantu menjana ekonomi rakyat setempat seperti di Kemboja dan Indonesia. Syarikat eQurban Resources Sdn Bhd juga bekerjasama dengan koperasi setempat bagi mengusahakan ternakan lembu dan kambing disana yang bakal digunakan untuk Program Qurban dan Aqiqah di seluruh dunia.

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”
H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.

Tempah Program Qurban dan Aqiqah bersama eQurban

Program Qurban dan Aqiqah

InsyaAllah ibadah Qurban akan menjelang tiba manakala program Aqiqah akan sentiasa berjalan sepanjang tahun. Tempahan binatang sembelihan seperti kambing atau lembu boleh dibuat dengan eQurban Resourses Sdn Bhd. Lokasi penyembelihan adalah tertumpu di Kemboja, Indonesia atau Mekah (terhad hanya Hari Raya Aidiladha).

Tempat pilihan ini menjadi keutamaan berikutan masalah dan keadaan ekonomi mereka yang tidak mengizinkan menikmati hidangan daging seperti kita semua hari ini. Jadi medium untuk kita bersedekah dan beramal jariah buat mereka yang memerlukan. InsyaAllah semoga amal ibadah kita diredhai dan diterima olehNya.

Harga Program Qurban dan Aqiqah Musim Ini

Program Qurban dan Aqiqah

Berikutan musim Raya Qurban bakal menjelang tiba, maka tarikh tutup bagi Program Qurban dan Aqiqah ini akan berakhir tidak lama lagi.

Setiap tempahan akan disahkan dalam jangka masa tempoh 24 hingga 48 jam. Selepas pengesahan telah dibuat, anda boleh melihat kembali senarai tempahan anda dalam ruangan arkib tempahan di laman eQurban Resources Sdn Bhd.

Tempahan bagi Program Qurban ini akan diselesaikan semasa musim Raya Haji. Manakala bagi Program Aqiqah pula tempahan akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari.

Harga untuk tempahan bersama eQurban adalah seperti berikut:

  • 1 Ekor Kambing = RM580 seekor
  • 1 Ekor Kambing (Mekah) = RM450 seekor
  • 1 Bahagian Lembu = RM320 satu bahagian.

Hikmah dan Syariat Ibadah Qurban

Program Qurban dan Aqiqah

Ibadah Qurban telah disyariatkan pada tahun kedua Hijrah iaitu seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya.

“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”
(Surah Al-Kauthar 108:2)

Semoga ibadah Qurban yang akan dilakukan nanti adalah merupakan satu tanda bersyukur kepada Allah S.W.T atas nikmat kurniaanNya.

Ibadah Qurban juga boleh dijadikan sebagai kifarah. Ini adalah bertujuan sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan atau juga kecuaian dalam menunaikan kewajipan.

Ibadah Qurban juga tidak memadai jika hanya menghulurkan nilai harganya. Ini berbeza dengan amalan zakat fitrah. Imam Ahmad juga menyebut amalan sembelih Qurban adalah lebih afdal daripada bersedekah dengan nilai harganya.

Kazen Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Comment(15)

  1. aslm, kami jg akan mengadakan sedekah qurban utk desa2 miskin di bandung barat indonesia, menerima bila ada yg berkenan sedekah qurban, wass

  2. subhanallah.. ini lah yg namanya promosi sambil berdakwah..
    semoga menginspirasi sahabat semua.
    Pahala dapat, duit jg dapat. 🙂

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge