Peringatan Atau Panduan Mencuri?

Peringatan Atau Panduan Mencuri?

Sudah menjadi keliru sedikit tentang peringatan atau panduan mencuri ini sebab dilihat seperti 2 dalam 1 pakej tidak cara langsung. Sedikit saja tak banyak, kisah ini berlaku semasa perjalanan pulang ke kampung halaman.

Program  Management dan Anak Yatim

Sabtu beberapa hari lepas, anjur program management bagi program ke-2 terakhir sebelum final exam yang tak berapa lama lagi ini. Program hanya di sekitar kampus sahaja tapi penat dan berbaloi juga dengan apa yang diusahakan. Program hanya bersekitar “Recyling Game” malas nak ulas panjang sebab tak tulis apa yang nak update kat blog.

Selesai program management terus beransur ke dewan kuliah bagi program bersama anak yatim. Anak-anak yatim ini datang dari Bukit Katil Melaka dengan pengurusan oleh Sekretariat Rakan Muda dan kami dari management group ini menyampaikan sumbangan serta cenderahati kepada mereka sebab sudi datang ke kampus kami.

Jadi saya ingin ucapkan ribuan, jutaan dan berbanyak-banyak terima kasih buat mereka yang telah menyumbangkan dari segi sponsor, sokongan dan dorongan bagi kedua-dua program ini terutama yang sponsor untuk sumbangan kepada anak yatim, semoga jasa baik tuan dan puan Allah S.W. T akan balas nanti, amin.

Peringatan Atau Panduan Mencuri?

Selepas selesai semua program ini, terus bergegas campak barang yang nak dibawa balik dalam kereta dan mula mengorak langkah masuk highway.

Tenaga orang muda mestilah powerkan, dengan penat berprogram terus pulang tanpa rehat lagi. Selepas berhenti beli air dekat RnR Seremban, jamu selera makan nasi dalam kereta, sedap pula rasanya makan sambil tengok pemandangan highway walaupun.

Terlepas Exit ke Shah Alam, sampai Nilai saya mula memegang stereng kereta terpaksa lepas Sungai Besi cari jalan lain ke Shah Alam. Bab cari jalan tak risau walau tak gune GPS sekali pun. Keluar Shah Alam sedikit keliru dengan seksyen-seksyen yang ada dan masa tu lupa pula UiTM berada pada seksyen mana jadi main hentamlah.

Hampir sejam berhempas pulas cari jalan jumpa UiTM Shah Alam dan terus menuju ke tol Gombak masuk Karak.

Panjang sangat cerita kali ini, maaf ye haha. Dah lepas Sepah, Karak semua itu baru masuk maghrib, perjalanan masih jauh lagi.

Nak tak nak kena berhenti mandi dan solat jugalah, mcd pun tak ada tengah highway macam ini. Banyak hentian yang ada dekat Lebuhraya Pantai Timur ini tapi yang paling popular Hentian Temerloh dan Hentian Gambang.

Peringatan atau panduan mencuri?

Jadi berhentilah antara salah satu hentian yang ada di LPT ini, masuk saja tandas ada tulis seperti gambar atas. Inilah yang dikatakan pakej 2 dalam 1 satu.

Mula-mula masuk tak terfikir pun akan ada perlakuan seperti ini, yelahkan tandas awam di situ sentiasa ada orang, maka kalau korang panjat seperti dalam gambar mungkin orang dah dapat target apa yang korang buat.

Namun gambar rajah ini mungkin teraplikasi dengan tandas awam yang lain yang kurang orannya, bukan mendoakan cuma kebarangkalian yang akan berlaku.

Konklusi

Rasanya tak selamatlahkan nak berhenti mandi ke buang air ke dekat tandas awam kalaulah kecurian ini merupakan satu ancaman utama buat pengungjung. Mungkin kamera litar tertutup juga harus ada bagi memantau keadaan yang mencurigakan. Sama-sama kita doakan agar kita dijauhkan dari segala kejadian tidak di ingini semasa berada di tempat-tempat kemudahan awam.

Ok, itu saja dah penat menaip boleh sambung tidur di kampung  halaman selepas kenyang makan masakan mak.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

20 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!