Home Lifestyle Pengalaman Sembelih Ayam
Pengalaman Sembelih Ayam
40

Pengalaman Sembelih Ayam

91
40

Pengalaman sembelih ayam ini saya percaya bahawa semua orang mampu lakukan namun tak semua berkesempatan lakukan. 2 hari lalu telah menyertai program kelas Management bagi memenuhi syarat matapelajaran Management for Chemical.

Jangan ingat budak chemical tak tahu nak bersosial dan berprogram bukan kena mengadap buku saja. Saya pun ada masa sedikit lagi sebelum ke latihan industri mungkin program-program begini amat bernilai walau sesetengah orang tak suka ikuti program dalam kampus sendiri.

Pengalaman Sembelih Ayam

Pengalaman Sembelih Ayam


Cara sembelih ayam ini bukannya memerlukan kemahiran taktikal semata-semata seperti cara pegang ayam dan pegang pisau sembelih tapi kena juga tahu apa yang nak kita potong dan sehingga dalam mana kita nak potong.

Pegang ayam? Tak payah ceritalah saya pun asal dari kampung, setakat ayam ini selalu jumpa apatah lagi selalu makan ayam. Mula-mula terpanggil nama nak kena sembelih ayam tu rasa berdebar jugalahkan, pertama kalilah katakan tapi nasib baik ditunjuk caranya macam mana jadi rasa keyakinan itu tiba-tiba datang.

Cara Sembelih Ayam


Yang kat tengah itu pensyarah saya En Zainal dia juga dalam seorang yang mengajar dan memberi tunjuk ajar macam mana cara sembelih ayam dengan betul, mungkin dari jauh nampak senang sekali tiba giliran cuak jugalah rasanya nak sembelih ayam sebab kalau cara sembelih kita tak sah boleh kira ayam itu tak boleh makan, membazirkan.

Di kampus saya ini menganjurkan program Halal dibawah kelolaan Halal Industry Development Corporation buat mereka yang lepasan ijazah sedang ikuti latihan industri mereka join-lah.

Nak letak video hajatnya dalam entri ini tapi tak menjadi pelik betul, mohon ajar siapa buat pengguna WordPress yang dah berpengalaman.

Khairul Zamri Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Comment(40)

  1. hurm..sllu ayah sy jer ptong ayam ni.tpi klu blik kg slu gak jiran2 dtg umh ayh sy mintk sembelih 2 tiga ekor ayam..

    entah apa doa yg ayh baca tak tahu hee.jwab sy pun kena tuntut ilmu kat ayah jugalah yer nghee…

  2. hehee. takut tgk ayam berdarah segala. nnti kesian. ;( erm. pasl entry hana tu, kalo x buat entry, just ltk je link blog anda 😉 senang kan

  3. Dulu masa akak kecik-kecik kat kampung memang suka tengok ayam kena sembelih. Yang tak berani nak tengok bila lembu kena sembelih , tak sampai hati tengok lembu nangis.
    Lynn recently posted…Apa itu BRICSMy Profile

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge