Pengalaman Berhutang Kad Kredit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera terlalu banyak kisah dan cerita yang kita dengar ramai orang terlingkup kerana hutang. Antara salah satu berhutang kad kredit begitu merisaukan hari ini. Ramai yang jatuh muflis kerana bebanan hutang yang tinggi dan tidak mampu selesaikan lagi.

Dalam berhutang ada dua jenis hutang secara umum. Hutang yang baik dan hutang yang tidak baik. Abad ini susah juga nak jumpa orang yang tak ada hutang. Apabila tamat je belajar Universiti secara automatik dah ada hutang.

Jadi sebelum berhutang ada lebih baik kita fikirkan dahulu kemampuan dan kesanggupan kita nak bayar setiap bulan installment supaya tak terbeban.

 

Sabda Rasul S.A.W

Maksudnya: “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketida hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.

Riwayat Baihaqi

 

Berhutang Kad Kredit Bersebab

Bagaimana saya boleh memiliki kad kredit pun sebenarnya sudah lupa. Mungkin daripada sistem Online Banking waktu itu dan tetiba tengok peti surat sampailah kad kredit. Tapi saya bukanlah seorang yang suka shopping dan swipe kad kredit sesuka hati. Limit kad kredit pun tak sampai RM 10,000. Jadi hutang kad kredit saya tak mencecah puluhan ribu.

Alhamdulillah genap 1 Februari 2017 yang lalu semua hutang kad kredit telah berjaya dilangsaikan. Pejam mata pun pejam matalah. Apa yang menyebabkan hutang ini tersimpan lama adalah disebabkan suka bayar pada kadar minima sahaja.

 

Dapatkan Accessories murah serendah RM15 disini segera!

 

Ini adalah antara salah satu Matlamat 2017 yang ditargetkan. Syukur dan rasa lega itu hanya Allah yang tahu. Syukur juga setakat ini saya tidak berhutang juga dengan sesiapa, alhamdulillah. Kalaulah ada terlepas pandang anda boleh hubungi saya untuk tuntut hutang tersebut.

 

Perkara Perlu Tahu Sebelum Berhutang Kad Kredit

Pengalaman Berhutang Kad Kredit

Perkara mudah bila kita nak berhutang, jangan fikir untuk jangka masa yang pendek dan nak cepat saja. Berapa lama term kita nak berhutang itu perlu difikirkan sebaik mungkin. Ramai hari ini tergugat apply personal loan kerana tawaran syarikat kewangan yang letak syarat begitu mudah.

Memang seronok memiliki kad kredit, boleh dan mudah untuk membeli belah. Jangan jadi sampai berhutang kad kredit bertahun lama hingga sentiasa tak cukup duit nak belanja benda lain.

Kenalpasti dahulu faedah atau caj pengurusan untuk tempoh berapa bulan. Selepas beberapa bulan adakah caj ini masih sama atau akan meningkat? Sila baca Term atau Product Disclosure terlebih dahulu.

Begitu juga dengan kredit limit atas kad kredit itu sendiri. Jangan guna lebih 50% adalah jalan yang terbaik. Pastikan juga anda selesaikan pembayaran balik kad kredit secepat yang mungkin dan jangan bayar pada kadar minima sahaja. Biasanya bayar pada kadar minima akan membuatkan jumlah caj dan tempoh pembayaran akan menjadi semakin lama.

Sesetengah bank akan mengenakan bayaran cas lewat pembayaran balik dari 8% sehingga 18% berdasarkan rekod pembayaran terdahulu dalam tempoh tertentu. Ini yang biasa kita dengar bayar setiap bulan tapi hutang tak habis juga.

 

Elak Sebelum Terlambat

Pengalaman Berhutang Kad Kredit

Adalah lebih baik tidak berhutang kad kredit langsung dan lebih baik tak ada terus kad kredit. Sikap kita yang sukar dikawal seperti rasa ada saja benda nak dibeli amat bahaya. Kita gagal menentukan apa itu keperluan dan kehendak pada diri kita sendiri.

Semoga anda semua dimurahkan rezeki dipermudahkan segala urusan serta berjaya dalam setiap apa yang dikerjakan dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Wassalam.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

22 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!