Panduan Peperiksaan MUET

Panduan peperiksaan MUET antara panduan terpenting bagi calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan. Setiap peperiksaan yang bakal dihadapi kita harus kenal, tahu dan mampu mengawal sebaiknya.

Pelajar yang bakal memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam sangat mementingkan peperiksaan MUET ini. Ia menjadi sebagai kayu ukur sebagai seorang bakal Mahasiswa. Band berapakah target MUET anda?

 

Pengenalan Peperiksaan MUET

MUET atau lebih dikenali sebagai Malaysian University English Test yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia bertujuan bagi menguji tahap serta kecekapan dalam berbahasa Inggeris secara amnya.

 

Siapakah yang layak menduduki Peperiksaan MUET?

  • Calon STPM
  • Pelajar Matrikulasi
  • Diploma
  • Pelajar Pra-Universiti yang ingin mengikuti program ijazah pertama di universiti tempatan
  • Pelajar IPT yang belum lagi mengambil MUET
  • Mereka yang ingin mengulang peperiksaan MUET yang lepas

 

Bilakah Peperiksaan MUET diadakan?

Biasanya Peperiksaan MUET diadakan hanya dua kali sahaja setahun. Namun bermula tahun 2012 peperiksaan MUET mula diadakan tiga kali setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan November.

 

Jadual Peperiksaan MUET 2017

Panduan Peperiksaan MUET

 

Bagaimana ingin daftar Peperiksaan MUET?

Bermula tahun 2012 bayaran untuk menduduki peperiksaan ini adalah RM100 dan boleh mendaftar di laman Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia.

Semak MUET Registration Slip guna nombor kad pengenalan

 

Panduan Peperiksaan MUET

Dalam bersedia menduduki peperiksaan MUET ini beberapa perkara yang perlu kita ketahui tentang teknik dan tips bagi lulus dengan cemerlang.

Perkara pertama apakah jenis persedian yang telah anda lakukan. Tanya kembali kepada diri sendiri adakah kita benar-benar tahu format dan skop peperiksaan MUET ini?

Tidak ramai yang mendapat Band 5 dan Band 6, malah Band 4 semakin menjadi kebiasaan pada hari ini. Maka anda haruslah mendapat sekurang-kurangnya Band 5 dan terbaik adalah Band 6 !

 

Format Utama Peperiksaan MUET

Berikut merupakan beberapa perkara utama secara amnya harus anda ketahui sebelum menduduki peperiksaan MUET ini.

 

Speaking Paper
Antara perkara penting dalam peperiksaan MUET ini. Tips bagaimana ingin dilakukan semasa Speaking Exam ini. Contoh soalan peperiksaan MUET bagi Speaking Paper. Melalui contoh ini kita boleh mengagak situasi dan keadaan sebenar MUET kelak. Serta tips mengelak daripada melakukan kesilapan semasa menduduki peperiksaan ini.

 

Reading Paper
Panduan menjawab Reading Paper dengan cemerlang. Rahsia mencari makna perkataan tanpa perlu menggunakan kamus. Disertakan juga contoh soalan peperiksaan Reading Paper ini.

 

Writing Paper
Kunci rahsia bagaimana menjawab Writing Paper dengan baik. Beberapa senarai perkataan bagi membuat analisa. Terdapat juga contoh soalan beserta dengan jawapan bagi Writing Paper.

 

Listening Paper
Sesi yang penting dan memerlukan fokus yang tinggi bagi menjawab Listening Paper ini. Disertakan bersama tips menjadi pendengar yang baik serta memperbaiki kemahiran pendengaran bagi menghadapi paper ini. Bonus contoh soalan Listen Paper.

Kesemua ini terdapat dalam Ebook Panduan Peperiksaan MUET bagi membantu calon-calon bakal menduduki MUET mendapat keputusan yang cemerlang.

Saya ucapkan selamat berjaya bagi semua calon yang bakal menduduki Peperiksaan MUET. Semoga anda sanggup lakukan sesuatu demi memastikan kejayaan pada masa akan datang.

Jangan fikir untuk jangka masa sebulan dua tapi fikirlah untuk jangka masa beberapa tahun akan datang. Lakukan tindakan anda segera!

Klik pada banner di bawah ini untuk mendapatkan terus Panduan Peperiksaan MUET. Semoga berjaya semua!

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

9 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!