• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Panduan Menulis Resume Mantap
Panduan Menulis Resume Mantap

Panduan Menulis Resume Mantap

Panduan menulis resume mantap antara panduan wajib dikuasai oleh mereka yang sedang mencari pekerjaan di luar sana sama ada mahasiswa ataupun graduasi sekalipun.

Resume menjadi tarikan penting dalam menentukan hala tuju kerjaya kita dalam memilih bidang kerja yang kita inginkan.

Kepentingan Resume Yang Mantap

Memiliki satu salinan resume yang mantap merupakan satu ”emas” yang tak ternilai harganya.  Resume penting yang bersifat sebagai ringkasan personaliti diri kita. Personaliti ini termasuklah maklumat peribadi, pencapaian akademik serta sejarah pekerjaan terdahulu.

Panduan Menulis Resume Mantap

Panduan Menulis Resume Mantap

Ada beberapa perkara yang harus kita kuasai dalam penyediaan resume yang mantap. Menulis resume secara tidak teratur melambangkan diri kita sendiri tidak teratur. Maka beberapa perkara penting yang harus kita tekankan dalam menulis resume.

Kaitan Resume dan Kerjaya Idaman

Setiap resume yang anda hasilkan perlu berbeza mengikut kerjaya pilihan. Ini bermakna anda tidak boleh menggunakan resume yang sama kandungan untuk setiap pilihan kerjaya.

Kerjaya idaman anda yang dipilih haruslah sertakan resume yang bersesuaian. Susun atur resume yang baik juga akan memenuhi kehendak syarikat dan kerjaya idaman.

Resume Tak Menarik

Tips penting adalah jangan syok sendiri dengan resume anda. Resume yang anda salin dan ubah dari Google juga termasuk dalam senarai tak menarik.

Penyediaan resume haruslah lebih menyakinkan dan menarik. Tidak mengenakan warna hitam dan putih di resume anda. Tidak juga menggunakan terlalu banyak jenis warna dalam resume anda.

Lihat Dan Nilai Resume Anda

Setelah menyiapkan resume, anda perlukan penilai untuk resume anda. Pastikan anda mempunyai 2 orang untuk melihat dan menilai resume anda.

Jika resume anda diperiksa sebaiknya oleh sumber rujukan anda, ia berpotensi menjadi sebuah resume mantap. Analisa terhadap resume penting agar anda menggunakan ayat yang betul, susun yang tertib, penggunaan warna bersesuaian dan banyak lagi.

Untuk Siapa Resume Anda?

Jika anda sedang mencari kerja, muhasabah kembali untuk siapa anda tulis resume tersebut?

Orang yang bakal membaca dan menilai resume kita adalah orang tidak kita kenali. Anda perlu hasilkan sebuah resume yang tepat serta menyakinkan.

Tak semua orang mempunyai resume yang menarik dan mantap. Namun anda mempunyai peluang untuk jadikan resume anda lebih menarik dan mantap. Lantas terus mendapat kerjaya idaman anda dengan hanya beberapa helai keping kertas resume anda.

Dapatkan panduan menulis resume mantap  untuk pastikan resume yang anda sediakan benar-benar meyakinkan. Resume yang menyakinkan kemana saja kita hantar untuk permohonan kerja,

Faktor penting dalam resume anda:

  • Menyakinkan syarikat yang bakal anda bekerja
  • Menyakinkan orang lain terhadap kebolehan diri anda

Pastikan resume anda betul-betul lengkap serta menyakinkan untuk mendapat kerjaya idaman anda. Tidak kira anda seorang lepasan institut atau telah bekerja, resume yang anda sediakan haruslah mampu menepati kehendak semasa.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

19 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!