Pakej Pelancongan Kemboja

Pakej Pelancongan Kemboja

Pakej pelancongan Kemboja menjadi tarikan pilihan pelancong untuk bercuti. Sebuah percutian ke satu destinasi perlukan sebuah pakej yang menarik dan memuaskan. Kemboja juga menjadi satu daya tarikan baru untuk bercuti bersama insan tersayang.

Kepuasan untuk melancong adalah apabila kita membayar dan mendapat lebih dari yang kita sangkakan. Ketenangan, kepuasan dan kenikmatan bercuti skop utama pelancongan. Pilihan tempat pelancongan dengan tawaran menarik merupakan bonus untuk kita melancong bersama keluarga, isteri dan anak-anak.

Tempat Pilihan Menarik Kemboja

Pakej Pelancongan Kemboja

Pilihan pelancongan ke Kemboja dengan mempunyai beberapa tempat menarik. Kemboja merupakan sebuah negara beragama utama Buddha Thevarada. Terdapat juga penganut agama Islam di negara Kemboja ini.

Jika saya berpeluang dan ada rezeki untuk menjejakkan kaki ke Kemboja dibawah antara tempat menarik ingin saya kunjungi.

Angkor Wat

Pakej Pelancongan Kemboja

Angkor Wat seperti yang telah kita belajar Sejarah di bangku persekolahan lagi. Ia merupakan salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi di Siem Reap.

Angkor Wat merupakan kota bersejarah yang telah berusia ribuan tahun lama. Pelbagai seni bina dan unik hasil orang zaman dahulu kala dapat di lihat. Berpuluh-puluh saiz angkor kecil hinggalah besar dapat dilihat disini. Lebih menarik untuk masuk ke sini dikenakan bayaran dan pada tiket tersebut ada wajah kita.

Bagi saya sangat bernilai untuk melawat Angkor Wat ini. Kerana apa yang saya belajar di dalam kelas dapat dilihat dengan mata kasar sendiri. InsyaAllah jika berpeluang saya akan jejakkan kaki di sini kelak.

Tuol Sleng Genocide Museum

Pakej Pelancongan Kemboja

Tuol Sleng Genocide Museum bertempat di Phnom Penh, ibu kota Kemboja. Muzium ini adalah bekas tempat penyiksaan dan penjara masyarakat kemboja serta warga asing. Mengikut sejarah ia berlaku sekitar zaman Rejim Khmer Rouge tahun 1975 hingga 1979.

Unik juga rasanya kalau pergi melancong kita melawat tempat sejarah silam negara tersebut. Selain merehatkan minda dapat juga pengetahuan baru.

Saya memang seorang yang minat tonton cerita seram. Mungkin ini satu peluang untuk lihat dengan mata kasar tempat penyiksaan.

Stung Tatai

Pakej Pelancongan Kemboja

Stung Tatai atau juga dikenali sebagai Tatai River menjadi tarikan umum dan menarik. Pemandangan dan suasana disini amat menyamankan buat pelancong. Setelah penat berjalan-jalan, tempat penginapan juga turut menjadi satu daya tarik penting.

Difahamkan sekitar Tatai River ini juga mempunyai Tatai Waterfall. Air terjun ini terletak di Kampung Tatai di daerah Smach Meanchey, kira-kira 20 kilometer timur Koh Kong.

Mungkin peluang yang menarik dapat merasakan mandi air terjun di negara orang kelak, InsyaAllah.

Pakej Pelancongan Kemboja

Untuk menikmati sebuah pelancongan yang memuaskan kita perlukan pakej pelacongan yang sesuai. Bayaran dan servis yang dikenaka berbaloi kepada pelancong adalah syarat utama.

Ke tempat orang kita perlukan panduan. Panduan daripada syarikat pakej pelancongan amatlah digalakkan. Bukan sahaja menyediakan pakej pelancongan tapi turut pandu arah melancong.

Cambodia Muslim Holiday Travel

Pakej Pelancongan Kemboja

Antara syarikat yang dipercayai dan diyakini ialah Cambodia Muslim Holiday & Travel. Syarikat ini menawarkan pelbagai pakej pelancongan dan pengangkutan yang amat dikenali di Kemboja dan Vietnam. Lebih menyakinkan syarikat ini adalah 100% hak milik orang Islam di Kemboja.

Cambodia Muslim Holiday Travel juga dikendalikan oleh Ustaz Yahya Al-Hafiz. Servis yang disediakan termasuklah 100% halal makan dan minum. Syarikat ini juga mensasarkan untuk menjadi peneraju pasaran pengurusan pelancongan tidak lama lagi, InsyaAllah.

Pilihan Pakej Pelancongan

Pakej Pelancongan Kemboja

Berikut antara pilihan pakej pelancongan yang disediakan oleh Cambodia Muslim Holiday Travel:

  • Kembara Korban Kemboja 2014
  • Phnom Penh – Kg Cham
  • Phnom Penh – Sihanouk
  • Siem Reap Angkor Wat
  • Ho Chi Minh
  • Banyak lagi tempat menarik

Antara pilihan Hotel penginapan yang disediakan oleh Cambodia Muslim Holiday Travel:

  • Royal Palace Hotel
  • Tara Ankor Hotel
  • Sokha Hotel
  • Angkor Hotel
  • Cambodia Hotel
  • Bambu Hotel
  • Hotel De La Paix

Testimoni Servis Cambodia Muslim Holiday Travel

Sedikit testimoni daripada mereka yang pernah menggunakan servis perkhidmatan Cambodia Muslim Holiday Travel.

Pakej Pelancongan Kemboja

Pakej Pelancongan Kemboja

Syarikat Cambodia Muslim Holiday Travel ini juga menyediakan perkhidmatan korban di Kemboja. Setiap tahun Ustaz Yahya Al-Hafiz akan berusaha mendapatkan sumbangan korban dan akikah untuk mereka fakir miskin di sini.

Jika berminat boleh sertai segera untuk turut menyumbang buat yang memerlukan.

Contest Kembara Kemboja

Artikel ini juga adalah sebahagian daripada contest Kembara Kemboja. Ini bertujuan mempromosikan syarikat hak milik 100% orang Islam yang menyediakan pakej pelancongan.

Melancong dengan syarikat Cambodia Muslim Holiday Travel lebih menyakinkan kerana pengusaha mementingkan kepuasan pelanggan tanpa meminggirkan soal tuntutan agama.

Penyediaan makanan dan minuman halal serta pengurusan yang baik menjanjikan kepuasan abadi untuk pakej pelancongan Kemboja ini, InsyaAllah.

Pakej Pelancongan Kemboja

Contest Kembara Kemboja dianjurkan oleh Blog.Azri Johan dan ditaja oleh Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel. Hadiah lumayan bernilai RM 2000 bakal menjadi milik para pemenang. Anda dijemput untuk menyertai contest mudah ini.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

14 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!