Orang Nak Berubah Jangan Pertikaikan

Orang Nak Berubah Jangan Pertikaikan

Orang nak berubah jangan pertikaikan – sebab kita pun berada dalam kapal yang sama cuma jenis yang berbeza-beza. Adakala perubahan itu berlaku kepada rakan-rakan atau kenalan yang disekeliling kita dan adakalanya perubahan itu berlaku pada diri kita sendiri.

Jadi letakkanlah diri kita pada tempat orang seketika dan cuma terima apa saja perubahannya ke arah kebaikan.

Ramai yang hari ini telah terleka dengan kehidupan mereka ‘reka’ sendiri, cuma kita kalau rasa tak terleka mungkin boleh menjadi penasihat yang baik buat mereka yang terleka.]

Nasihat menasihat itu amalan yang mulia – tapi harus ingat tak semua orang akan dapat menerima nasihat kita.

Setengah daripada mereka akan ingat kita ini “busy body“, berlagak baik, kononnya tak pernah buat salah dan lebih nampak keburukan orang lain.

Apa orang kata selagi kita berada dalam lingkungan keikhlasan jangan kita melenting  kembali, diam dan senyum maka berlalu dengan tenang fokus pada kehidupan kita.

p/s: Pernah rasa kena maki bila kita tegur orang lain?

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

18 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!