• Home
  • /
  • Info
  • /
  • Orang Kaya Semakin Kaya, Orang Miskin Tetap Miskin?
Orang Kaya Semakin Kaya, Orang Miskin Tetap Miskin?

Orang Kaya Semakin Kaya, Orang Miskin Tetap Miskin?

Orang kaya semakin kaya, orang miskin tetap miskin adakah patah perkataan ini akan terus menjadi tanda tanya betul atau perumpamaan semata-mata. Kita semakin menuju matlamat negara ke arah Wawasan 2020 bagaimana dengan tahap kehidupan kita sendiri, poket kita sendiri, aset kita sendiri dan juga nilai-nilai yang ada dalam diri kita sendiri?

Saya mengambil contoh pada sekitar 2012 Wealth-X mengeluarkan kenyataan bahawa Indonesia mencatat pertumbuhan atau peningkatang kekayaan yang tinggi di dunia, betul atau tidak kenyataan itu kurang menjadi tumpuan utama dalam topik penulisan ini.

Orang Kaya Semakin Kaya, Orang Miskin Tetap Miskin

Ayat ini sebenarnya menjadi modal bagi mereka yang melakukan MLM. Sebab apa? Sebab bagi mereka melakukan MLM itu adalah salah satu jalan keluar daripada kepompong kehidupan lama mereka.

Kenapa yang kaya semakin kaya? – Sebab orang kaya sentiasa mencari jalan untuk menambah kekayaan kekayaan atau mengekalkan kekayaan mereka.

Kenaya yang miskin tetap miskin? – Kerana orang miskin sentiasa mencari jalan pendek serta banyak memberi alasan sebelum mencuba atau kaya dengan alasan dalam diri mereka.

Itu adalah ayat-ayat yang sentiasa dengar bila berhadapan dengan kaki MLM setahun yang lalu. Bagi mereka mereka merasa bangga kerana sudah menyertai sebuah program MLM tapi tidak sedar bahawa kemungkinan untuk mereka berjaya dalam dunia MLM (tak semua jenis MLM) adalah 10% peratus sahaja.

10% tak menjamin apa-apa, kalau kita sedar MLM juga boleh menyebabkan hidup kita semakin huru-hara jika tersilap langkah.

Bagaimana Melepasi Kepompong Kemiskinan?

Semuanya adalah bermulanya dengan pelajaran. Kita harus sedar hebat mana sekali pun kita berada dibawah MLM sekali ia tutup kita juga kosong tanpa arah tuju.

Ada yang sanggup meninggalkan pelajaran demi MLM itu sebenarnya satu kesilapan besar dalam hidup mereka.

Pelajaran itulah sebenarnya untuk mengubah kehidupan lama kepada sebuah kehidupan yang baru kerana pelajaran itu adalah satu perkara yang konkrit bagi seseorang.

 

Anda perlu pelajaran dan anak-anak juga perlukan pelajaran dan menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan anak-anak kita mendapat pelajaran yang sempurna malah sebagai pelajar menjadi tanggungjawab untuk kita memastikan betul-betul mempunyai pelajaran yang secukupnya.

Peluang dan Keinginan

Kita juga akui tak semua orang berjaya dalam pelajaran dan ramai yang mampu berjaya tanpa segulung ijazah sekali pun dan ada juga yang tidak berjaya dalam hidup dengan tidak ada segulung ijazah.

Apa yang membezakan ialah peluang dan keinginan. Jika terus dan sentiasa merebut peluang yang anda dan ada keinginan yang tinggi kita tidak akan memberikan alasan yang tidak munasabah.

Kita berasa tidak senang lihat orang lain berjaya tapi kita harus sedar bahawa orang yang berjaya itu sebenarnya adalah atas hasil usaha mereka sendiri bukan dengan duduk bersahaja.

Setiap kejayaan yang dikecapi ada pahit manisnya yang tersendiri.

Cara Mudah Ubah Kehidupan

Mungkin dengan sedikit info dan tips dari saya yang saya sendiri akan amalkan bersama-sama dapat membantu ingin mengubah hidup kita.

Siapa tidak mahu hidupnya berubah ke arah yang lebih baik?

Antara caranya:

  • Tetapkan matlamat hidup anda.
  • Buang jauh-jauh pemikiran negatif.
  • Jangan takut untuk mencuba.
  • Jangan takut untuk menghadapi gagal. Gagal sekali tak bermakna selamanya.
  • Cari peluang sebanyak yang mungkin.
  • Ada peluang gunakan semanfaat yang boleh dan jadikan ia panduan untuk jalan seterusnya.
  • Jangan cepat putus asa.
  • Cari kawan atau kumpulan yang mampu bekerjasama.
  • Variasi atau pelbagaikan cara kerja kita.
  • Sanggup berkorban masa dan kudrat.
  • Sanggup menghadapi ujian dan cabaran.
  • Doa dan tawakkal.

Ada banyak lagi yang kita tahu tapi tak semuanya kita amalkan, itu sangat normal. Bila kita muhasabah diri kita kembali kita mampu mengembali fasa pemikiran kita yang lebih konkrit sebenarnya.

Ingat kita harus berani mencuba, jangan sesekali memberi alasan sebelum mencuba atau habis mencuba. Mencuba pula perlulah perkara yang betul yang telah kita kaji dan ketahui jangan main-main rasa nak mencuba.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

26 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!