Nu Caffee Tongkat Ali Arabica Asli

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, sebagai seorang penggemar kopi bila menikmati Nu Caffee di pagi hari lain rasanya. Setiap pagi wajib bagi saya minum secawan kopi beserta 2 keping roti secara ringkas sebelum pergi kerja. Kalau hari tak kerja seperti ahad dan cuti umum pula, minum kopi dan makan sebungkus nasi lemak atau nasi berlauk.

Namun kini rasa waktu pagi menjadi lain apabila ditemukan dengan Nu Caffe ini. Kekuatan kopi ini bukan kerana kopinya semata-mata tapi kebaikan dan kelebihan apabila minum secawan di pagi hari. Mungkin juga di luar sana ramai yang suka minum kopi di waktu pagi sebagai sarapan. Tak ketinggalan juga untuk minum di petang hari selepas tamat waktu kerja.

 

Kelebihan Nu Caffe Tongkat Ali

Nu Caffee Tongkat Ali Arabica Asli

Kopi Nu Caffe ini sememangnya sesuai sangat untuk para jejaka. Sangat bagus apabila kopi ini boleh membekalkan tenaga dan stamina secara berpanjangan. Jika anda minum di waktu pagi anda boleh rasanya diri lebih bertenaga dan kekal cergas sehingga waktu petang.

Selain itu juga kopi ini boleh membantu dalam membaiki pengaliran darah yang baik untuk tubuh badan kita. Untuk memastikan tubuh badan yang kekal bertenaga dan stamina adalah penting bagi pengaliran darah yang baik dan lancar.

Kalau dah sebut mengenai pengaliran darah yang baik secara automatik juga ia juga membantu meningkatkan kesihatan lelaki secara keseluruhannya. Ini adalah formula penting bagi seorang lelaki khususnya yang dah berkahwin. Mempunyai sistem pengaliran darah yang sempurna adalah penting untuk ‘kekuatan lelaki’.

Antara yang terpenting juga adalah membantu meningkatkan Libido. Apa pula Libido ini? Secara ringkasnya Libido adalah keinginan seks atau keghairan untuk bersama dengan pasangan isteri. Kandungan kopi ini dengan 50mg Tongkat Ali memberikan cara terbaik untuk meningkatkan tahap Libido suami. Secara tak langsung boleh menjadikan hubungan suami dan isteri semakin intim.

 

Kandungan Sebenar Nu Caffee

Nu Caffee Tongkat Ali Arabica AsliNu Caffee merupakan kopi  diperbuat dari biji kopi yang mengandungi 100% Arabica dan krimer serta ekstrak 50mg PHYSTA® dalam setiap hidangan. Nu Caffee telah dipatenkan di 4 buah egara iaitu Amerika Syarikat, Jepun, Eropah dan juga Malaysia. Kopi ini juga merupakan hasil penyelidikan ahli saintis Malaysia dengan saintis di Massachusetts Institute of Technology (MIT) USA.

Selain itu juga Nu Caffee Tongkat Ali ini telah dipiawaikan dengan SIRIM MS:2409:2011. Ia juga telah dihasilkan di kilang pembuatan yang mempunyai fasiliti atau kemudahan bertaraf GMP, ISO 22000 dan HACCP serta melepasi pemeriksaan oleh Food Drug Admistration Amerika Syarikat (USFDA).

 

Cara Menyediakan Nu Caffee

Nu Caffee Tongkat Ali Arabica Asli

Cara sediakan kopi ini sangat mudah dan cepat. Mula-mula sediakan air panas sebanyak 20ml dalam cawan pilihan anda. Seterusnya masukkan 1 sachet seberat 25 gram ini ke dalam air panas tersebut. Kacau dan sedia untuk diminum sambil tengok tv atau sebelum pergi kerja.

Sachetnya juga mudah dibawa ke mana-mana jadi boleh minum pada bila-bila masa. Selit saja dalam beg anda kalau rasa nak minum memandu atau mengantuk kat pejabat.

 

Dapatkan Nu Caffee Ini Segera

Nu Caffee Tongkat Ali Arabica Asli

Dapatkan dan rasai sendiri kenikmatan kopi yang penuh kaw ini hanya dengan membeli terus secara online di DenaiSell. Kopi ini hanya berharga RM18.50 murah dan berbaloi dengan kualiti dan ekstrak Tongkat Ali yang mampu buat anda terangkat!

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

13 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!