• Home
  • /
  • Islam
  • /
  • Nikah Mut’ah – Ilmu Jumaat dan Penghayatan
Nikah Mut'ah - Ilmu Jumaat dan Penghayatan

Nikah Mut’ah – Ilmu Jumaat dan Penghayatan

Hari ini pergi solat Jumaat ada cerita tentang Nikah Mut’ah dekat Kubang Kerian iaitu kawasan rumah mak saudara, dek rasa lama tak beramah-mesra rehat-rehat, lepak rumah beliau hari ini terasa nak singgah.

Nikah Mut’ah adalah satu satu petikan dalam khutbah Jumaat yang saya dengar hari ini bukan topik utama. Saya sampai sedikit lewat untuk mendengar khutbah Jumaat boleh dikatakan 5 minit selepas khatib naik mimbar.

Nikah Mut’ah menjadi satu tarikan buat saya untuk baca lebih lanjut dan kongsikan buat sahabat semua.

Nikah Mut’ah – Kaitan dan Hukum

Saya tidak hebat pun berbicara tentang ilmu agama tapi saya suka mendengar dan menghayati boleh jadi masuk dalam dada sudah cukuplah sebagai santapan rohani kita sendiri ada waktu saya kongsikan buat kawan-kawan.

Antara yang ditekankan oleh Khatib di atas mimbar sewaktu membaca khutbah ialah mengenai ajaran Syiah, khutbah menekankan agar kita menjauhi ajaran mahupun fahaman Syiah yang mampu mengubah akidah dan tauhid kita sendiri.

Mereka lebih mentafsirkan ayat-ayat al-Quran secara bahasa saja atau perkataan mudah secara erti ayat atau perkataan tapi tidak bersandarkan pada hadith iaitu sebagai ulasan dan tambahan untuk sesuatu perkara yang dinyatakan dalam Al-Quran.

Nikah Mut’ah adalah satu ajaran yang Syiah suka diamalkan. Jadi apa sebenar Nikah Mut’ah?

Nikah Mut’ah yang saya dengar sewaktu khutbah tadi (yang mengikut fahaman/ajaran Syiah) iaitu:

  • Melangsungkan perkahwinan tanpa perlunya ada wali
  • Perkahwinan tidak memerlukan hantaran sebaliknya cukup sekadar bayaran akad
  • Perkahwinan yang hanya bertujuan untuk melepaskan nafsu
  • Perkahwinan yang pendek waktu atau tempohnya – iaitu bergantung sama ada 1 hari, 2 hari, 3 hari atau sebulan malah ada sekadar untuk bersetubuh sahaja. Maka selepas bersetubuh mereka akan berpisah.

Mengikut bacaan khutbah itu lagi, nikah ini sememangnya pernah dihalalkan oleh Rasulullah S.A.W dan ada ayat al-Quran sendiri yang menyatakan tentang nikah ini. Namun ayat ini telah Rasulullah S.A.W dengan hadis beliau.

“Wahai sekalian manusia, aku pernah mengizinkan kepada kalian untuk melakukan nikah mut’ah. Maka sekarang siapa yang memiliki istri dengan cara nikah mut’ah, haruslah ia menceraikannya, dan segala sesuatu yang telah kalian berikan kepadanya, janganlah kalian ambil lagi. Karena Allah azza wa jalla telah mengharamkan nikah mut’ah sampai Hari Kiamat
(Shahih Muslim II/1024).

 

Nikah Mut’ah – Harus Tahu

Nikah Mut'ah

Dalam ajaran Syiah, Nikah Mut’ah adalah dibolehkan atau dihalalkan kerana mereka hanya bersandar pada makna ayat al-Quran sahaja.

Dan [diharamkan juga kamu mengawini] wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki [Allah telah menetapkan hukum itu] sebagai ketetapan-Nya atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian [yaitu] mencari istri-istri dengan hartamu untuk dinikahi bukan untuk berzina. Maka wanita [istri] yang telah kamu nikmati [istamta’tum] di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya sebagai suatu kewajiban dan tiadalah mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakannya, sesudah menentukan mahar itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana…”
An-Nisaa’ 24

Akan tetapi kita yang berpegang pada ajaran Ahlu Sunnah Wal Jama’ah Nikah Muta’ah ini adalah diharamkan dengan dikuatkan oleh hadith Rasulullah S.A.W seperti yang dipaparkan dibahagian atas.

Dari Penulis

Awas! Harap anda baca sepenuhnya sebelum komen, entri ini adalah hanya perkongsian daripada petikan khutbah Jumaat pada hari ini sahaja.

Jika ada sebarang kekurangan atau kesalahan mengenai entri ini, sila nyatakan dibahagian komen. Maaf sebab kekurangan masa untuk cari bahan secukupnya, InsyaAllah saya akan tambah lagi isi-isi penting selepas saya membaca beberapa bahan yang lain lagi.

Terima kasih.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

18 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!