Niat Puasa Sebulan Ramadhan

Niat Puasa Sebulan Ramadhan

Niat puasa sebulan Ramadhan adalah jarang sangat orang amalkan kerana ada kemungkinan mereka tidak tahu, sebenarnya Islam ini sendiri memudahkan dalam apa cara sekali pun ada saja perkara yang bisa memudahkan untuk umat Islam sedunia.

Niat puasa sebulan Ramadhan ialah kita niatkan pada hari pertama bertarawikh atau bersahur untuk sebulan terus sepanjang sebulan Ramadhan kerana kita adalah manusia, manusia berasal daripada perkataan arab iaitu “nasiya” yang bermakna lupa.

Kita dibenarkan niat sebulan terus sebab kebanyakan kita ada terlupa adakah sewaktu sebelum tamat bersahur semalam mereka sudah niat berpuasa ataupun tidak.

Niat puasa di bulan Ramadhan juga wajib di lakukan pada setiap malam bersandarkan pada hadith yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah r.a daripada Nabi S.A.W bersabda:

“Barangsiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar shadiq, maka tidak ada puasa baginya…” – Hadith riwayat al-Baihaqi dan ad-Daruquthni

Hukum Niat Puasa Sebulan Ramadhan

Jika mengikut pendapat mazhab Maliki, niat puasa adalah harus dilakukan sekali sahaja bagi melakukan ibadah-ibadah puasa yang dikerjakan secara berturut-turut.

Menurutnya juga jika seseorang itu telah berniat untuk berpuasa sebulan dan dia lupa untuk berniat pada salah satu malam ketika berpuasa di bulan Ramadhan maka niatnya untuk sebulan boleh dikira menampung untuk malam yang dia lupa niatkan tersebut.

Sesetengah ulama juga menggalakkan untuk berniat sebulan puasa di Ramadhan dan disamping itu juga kita dituntut untu berniat setiap malam kerana ia bertepatan dengan pendapat mazhab Maliki bahasa niat puasa itu wajib dilakukan setiap malam bagi puasa yang wajib dikerjakan berturut-turut seperti puasa Ramadhan.

#Fatwa Syeikh Muhammad bin Soleh Utsaimin

Memadai (puasa) ramadhan dengan sekali niat pada awalnya, kerana orang yang berpuasa jika tidak berniat pada setiap malam harinya maka sesungguhnya dia telah ada niatnya dari awal bulan. Akan tetapi sekiranya terputus puasanya pada hari kedua bulan tersebut kerana bermusafir atau sakit atau lain-lain sebab, maka wajib ke atasnya memulakan niat, kerana niatnya telah terputus dengan meninggalkan puasa kerana musafir, sakit dan selainnya.

Niat Puasa Sebulan Ramadhan

Niat Puasa Sebulan Ramadhan

#Niat Puasa Ramadhan

“Sahaja aku berpuasa besok hari bagi menunaikan fardhu bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Ta’ala”

#Niat Puasa Sebulan Ramadhan

“Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan yang diwajibkan keatasku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala”

#Doa Berbuka Puasa

“Ya Allah bagi Engkaulah daku berpuasa dan dengan Engkaulah daku beriman, dengan rezeki Engkaulah daku berbuka, dengan Rahmat Engkau Duhai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…”

Konklusi

Berniat untuk puasa sebulan di bulan Ramadhan sebagai recover jika kita terlupa niat setiap hari.

Berniat puasa setiap hari adalah wajib.

Walau sudah niat untuk sebulan, niat untuk setiap malam adalah tetap wajib dilakukan.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

28 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!