Nasi Lemak Emak

Nasi Lemak Emak

Nasi lemak emak antara yang menjadi idaman saya sejak dari kecil lagi, mana tidaknya dibesarkan dengan masakan emak pasti masakannya juga menjadi masakan terbaik buat diri kita sendiri.

Makan masakan air tangan emak sangat menyelerakan, seorang ibu sangat gembira apabila melihat anak-anaknya makan dengan selera masakannya.

Kadang-kadang ibu sanggup makan sedikit sebab ingin lihat anak-anaknya makan banyak-banyak apa yang dia masak.

 

Cuti tiga hari apa lagi luangkan masa bersama keluarga la, buat apa duduk rilek di rumah sewa kalau setakat bangun tidur saja.

Makan nasi lemak ini saya termakan hampir lima pinggan haha, pada sebelah malam makan lagi boleh jadi lemak banyak ke?

Setakat ini saja, mahu bercuti seketika – selamat bercuti semua 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

40 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!