Misi Tercapai - Antara Masalah dan Khianat

Misi Tercapai – Antara Masalah dan Khianat

Alhamdulillah misi kali ini tercapai apabila hampir 3 hari berulang-alik ke rumah lama. Masalah demi masalah bukan sengaja berlaku dan perlu dihadapi tapi diselangi dengan hikmah di sebalik kejadian yang berlaku walau kita sendiri tak menduga.

Biarlah apa saja yang orang lakukan terhadap kita, kita teruskan bersabar dan menghadapinya dengan penuh ketabahan. Jika hari ini kita dikhianati dan esok kita membalas atas apa yang mereka lakukan terhadap kita belum tentu balasan yang kita buat itu setimpal dengan pengkhianatan orang terhadap kita.

Berehat di kampung

Misi Tercapai

Sudah lama sebenarnya tidak berehat di kampung sebegini rupa semenjak masuk Universiti. Kebiasaannya asal saja cuti semester saya akan bekerja tidak kira macam mana sekali pun tak seperti student lain boleh senang-senang duduk di rumah pada setiap cuti semester.

Masa yang berbaki hampir 2 minggu lebih lagi sebelum pergi intern ini saya gunakan sebaiknya untuk bersama dan menolong mak dan ayah sebab selepas ini belum tentu lagi cuti berapa lama lagi khususnya raya akan datang ini.

Semenjak habis peperiksaan akhir semester ini barulah kelegaan yang amat terasa tak perlu fikir untuk semester akan datang lagi, hehe dan juga sudah melepasi VIVA yang amat-amat berat untuk dipikul bagi pelajar semester akhir.

Jadi inilah rasanya masa betul-betul terluang saya rasa untuk merehatkan diri dan fikiran sebelum berpijak ke latihan industri selepas ini.

Antara Masalah dan Pengkhianatan

Sudah hampir 30 tahun berada di kampung halaman (kampung lama) rasanya tidak pernah mengalami masalah yang sebegini rupa. Mana tidaknya tidak pernah putus bekalan air dan tidak pernah dikhianati oleh sesiapa pun.

Tapi selang beberapa saja kami sekeluarga berpindah, kolam ikan di depan rumah terus ke bawah tangga rumah kami sudah mula dikhianati oleh orang, syaknya orang kampung sendiri.

Dalam kolam ikan ini mengandungi hampir berpuluh-pulah ikan peliharaan ayah sendiri semenjak saya dari kecil lagi jadi boleh dikatakan hampir 20 tahun ikan itu ada dalam kolam ikan. Tangkap pun jarang-jarang, ikan pun sangat besar bukan mudah kalau nak tangkap guna umpan pun belum tentu ia makan.

Kolam ikan dikhianati oleh seseorang apabila kolam tersebut dikeringkan air dan semua ikan mati. Hati mana tak luluh dalam kampung itu kami saja yang punyai kolam ikan terus bawah tangga pintu utama dan setengah meter ke bahagian bawah rumah serta ada banyak ikan. Rumah orang lain biasanya kolam di halaman atau dalam akuarium sahaja.

Nak kata mereka buat sedemikian dicuri tidak , sebab selepas air dikeringkan ikan masih ada dalam kolam. Ini bermakna ada seseorang telah membuka kunci utama air kolam supaya kering dan ikan semua mati. Sedih ada geram pun ada hanya Allah S.W.T saja yang tahu siapa punya kerja.

Misi Tercapai

Selepas itu hampir 2 bulan kemudian, muncul pula masalah air di rumah lama kami. Pelik dan ajaib juga apabila timbulnya masalah ketiadaan air hampir seminggu, buktinya rumah jiran-jiran semua ada air dan selama kami tinggal di sana tidak pernah mengalami masalah air hampir seminggu tambahan pula kami ada 2 tangki – 1 kecil dan 1 besar siap dengan menara lagi.

Jadi terpaksa berulang-alik lagi pulang ke rumah lama untuk selesaikan masalah ini disebabkan rumah itu ada orang sedang menyewa jadi keperluan dan kemudahan perlulah dititik beratkan.

Tidak jumpa jalan bagaimana sehingga membuat kami terpaksa menggali air dari bawah tanah hampir-hampir 40 kaki ke dalam tanah. Kerja-kerja ini memakan masa berhari-hari juga, kesian penyewa rumah ketiadaan air sedangkan jiran-jiran seronok menggunakan air.

Hampir tamat proses menyambung air dari bawah tanah semalam ke tangki utama rumah kami, tukang paip datang bagi menyelesaikannya barulah tahu bahawa meter utama air (air paip) ditutup menyebabkan air tidak ada hampir berminggu.

Persoalannya tidak siapa pun tahu meter utama air ditutupkan sedangkan tiada pemulas air kerana Jabatan Air sendiri telah memasang meter tersebut dengan tidak mempunyai pemulas seperti paip yang kebiasaannya.

Jika hendak pulas atau tutup sekurang-kurangnya memerlukan satu playar ataupun spanar dengan saiz tertentu, maka boleh dikatakan ini bukan lagi kerja budak-budak.

Amat mustahil untuk katakan orang Jabatan Air sendiri tutup sedangkan bil air berbayar dan mereka tahu rumah itu berpenghuni.

Semalam terus saya sendiri ikat bata bagi memasang pagar bahagian kiri rumah kerana rumah sebelah menjadi bahagian rumah kami tempat buangan sampah. Patut ke buat jiran macam tu? Sedangkan bercakap “saya ajar anak-anak saya pendidikan agama yang secukupnya”.

Kalau ajar anak pendidikan agama yang cukup kenapa yang mengajar dan yang diajar terus menerus membuang sampah ke bahagian rumah orang lain? Itu ke agama yang anda ajar?

Kalau nak gaduh anda memang tidak akan menang, saya punyai fakta satu persatu sebab itu masa saya anda muka pun ada tak berani tengok sedangkan tegur.

Biar kita berbicara padan dengan tindakan kita bukan cakap melambung harapkan suara saja yang tinggi sedangkan diri sendiri kosong.

Nak kata kami cari gaduh dengan jiran atau kampung tak benar sekali. Hidup kami tak pernah mengumpat pasal orang sekeliling, ayah cari duit sendiri tidak mengharap bantuan orang kampung sekalipun sehinggalah terbina rumahnya kami yang lain dari lain di kampung kami, perlu ke pertikai asas binaan rumah kami sedangkan semuanya atas usaha kami sendiri?

Antara Khianat dan Dengki

Kalau diikutkan saya boleh buat apa saja untuk membalas atas tindakan dan khianat mereka terhadap keluarga kami tapi ingatkan iman dan Islam ada dalam diri kalau saya buat pun belum tentu setimpal dengan pengkhianatan terhadap kami.

Sedikit pelik dengan perangai orang kita, kita tak suka tengok orang lebih daripada kita sedangkan apa yang mereka lebih itu adalah usaha mereka sendiri. Kenapa kita nak dengki dan khianat sebegini sekali?

Fitnah dan tuduhan senang lemparkan kepada kami sedangkan kami hanya berdiam diri tidak membalas kembali atau bertindak dengan apa-apa tindakan yang menyakitkan mereka. Mungkin semakin kami berdiam diri semakin mereka tidak senang hati.

Ini bukan lagi dendam tapi dengki yang tidak kesudahan.

Boleh agak kenapa pengkhianatan sebegini dilakukan, beberapa orang kecewa kerana tidak dapat menyewa rumah kami kerana panjang rumah kami sama dengan 2 buah rumah sebelah boleh dikatakan luas. Memang tidak patut bagi mereka sewa sebab mereka meminta harga yang terlalu rendah dan sedangkan selama kami tinggal disana mereka selalu tindas dan khianat kami, perlu ke bagi mereka ini duduk rumah yang kami bina sendiri?

Dan inilah jadinya bila tidak dapat sewa duduk rumah ini, khianat dan terus khianat. Kalau dapat tahu siapa punya kerja memang boleh pecahkan muka tapi fikir panjang, mungkin dia pecah muka kita pula meringkuk dalam hotel besi kan tidak setimpal apa kita buat kan?

Jadi selagi boleh sabar kami akan sabar hanya panjatkan doa pada Allah S.W.T sahaja atas ujian dan pengkhiatan ini terhadap kami. Kami yang merasa lebih mengetahui orang tak merasa tak tahu bagaimana perasaan ini.

Ingat nak tulis pendek tapi panjang pula tapi tak mengapa ini arkib kehidupan saya boleh dibaca kembali beberapa tahun akan datang. Terima kasih atas segalanya.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

24 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!