Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Salam Sejahtera, kali ini Mee Udang Pakar Paroi pula menjadi antara tempat tarikan dan makan menarik di Negeri Sembilan. Sebelum ini saya ada kongsikan tempat bercuti menarik Glory Beach Resort yang terletak di Port Dickson.
Manakala Mee Udang ini pula terletak di PAKAR, Paroi Senawang Negeri Sembilan. Tempatnya yang tidak begitu jauh dari bandar Seremban dan juga sangat dekat dengan Bandar Senawang. Jika anda ingin ke Kuala Pilah melalui jalan Bukit Putus tempat bernama PAKAR ini anda akan tempuhi juga. Jadi apa salahnya singgah sebentar menikmat Mee Udang ini.
PAKAR atau nama panjangnya ialah Pasar Komuniti dan Karavan ini terdapat medan seleranya sendiri. Jadi Mee Udang Pakar Paroi ini terletak di dalam medan selera ini. PAKAR ini juga merupakan kelolaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Biasanya di Negeri Sembilan setiap tahun akan diadakan festival buah-buahan di sini.
Mee Udang Pakar Paroi
Dalam PAKAR Paroi ini terdapat banyak kedai makanan dan minuman. Pelbagai masakan dan menu di sini, malah kawasan ini juga umpama Medan Selera Makan. Hidangan Mee Udang ini antara yang popular di dalam PAKAR ini.
Senang saja nak cari langkah masuk saja dari kiri gerai no 1, malah ada banner atau bunting besar lagi. Gerai ini terletak di Medan Selera Pakar Paroi, mudah di cari dan kawasan parking juga tidaklah begitu sesak. Medan Selera ini buka pada pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Menu Mee Udang Pakar Paroi
Antara menu yang ada di sini seperti:
- Coconut Lamban
- Air Janda Pulang
- Kelapa Kole
- Mee/Kuey Teow Udang
- Double Triple
- Family Package
Pilihan saya pada kunjungan kali ini ialah air Coconut Lamban dan Air Janda Pulang. Rasa kedua-dua air ini sangat sedap dan memuaskan. Memang sesuai diminum apabila mengenakan Mee Udang Pakar Paroi ini, pasti kekenyangan.
Ini adalah rupa bagaimana Mee Udang Pakar Paroi ini. Hidangan yang ringkas akan tetapi rasanya cukup menyedapkan tekak dan mengenyangkan perut yang lapar.
Mee yang disediakan ialah mee kuning dengan beberapa ekor udang bersaiz seperti dalam gambar di atas. Kuahnya pula tidaklah pedas dan tidak pelik rasanya. Betul-betul ngam dan kena dengan citarasanya. Tambah lagi bila anda mengambil air Coconut Lamban satu menu yang lengkap!
Ini pula adalah Mee Udang Double dengan hidangan hampir 10 ekor udang. Saiznya besar dan amat berpuas hati malas berbaloi dengan harganya. Kenyang ke tak, tak usah cakap memang confirm kenyang lepas makan mee ini beserta Cocount Lamban.
Itu sahaja untuk kunjungan kali ini, makan ini pun dah kenyang dan berbaloi. Mungkin boleh pergi lagi untuk akan datang bersama kawan-kawan atau keluarga anda. Jika anda berkunjung ke Negeri Sembilan jangan lupa untuk singgah makan Mee Udang Pakar Paroi ini. Wassalam.

54 Comments
Mohd Aswad
2 April, 2017 at 4:31 AMTak pernah lagi lalu jalan bukit putus.. mungkin lepas ni blh try lalu situ untuk cuba mee udang pakar nih.. blh tahan besar udang tu ye..
anuar
2 April, 2017 at 6:31 AMTwitter: Alhamdulillah..
Bestnya tengok udang dia… anak2 saya mesti suka makan di sini..
anuar recently posted…10 TIPS JUTAWAN SENYAP DARIPADA PENIAGA PASAR MALAM, PENIAGA PASAR HARIAN, PENIAGA BAZAR RAMADHAN DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL
Hero Borneo
2 April, 2017 at 7:45 AMwow…mee udang
sedap tu..
pekena pula dengan air janda pulang…
memang gandingan yang terbaik
zik
2 April, 2017 at 8:52 AMcoconut shake tuh yang tak boleh tahan…mee udang tarikan utama .. kalau lagi pedas lagi sedap nih.. hehe
zik recently posted…Keputusan penuh liga EPL/BPL perdana English 1.4.2017
Ibu Mifzal
2 April, 2017 at 9:41 AMTwitter: ibumifzal
menariknya menu…terliur ni..hope one day dpt ke sana…
Wan Zawawi
2 April, 2017 at 3:09 PMTwitter: wazy84
Wahh..terliur bila tengok gambar mee udang tu
Kalau tersesat ke sana boleh lah singah dan cuba
Wan Zawawi recently posted…Tips Menghasilkan Resume Yang Terbaik
Kazen
2 April, 2017 at 9:54 PMBoleh-boleh kalau datang sini roger, boleh payung.
Kazen recently posted…Glory Beach Resort – Resort Terunggul di Port Dickson
akubiomed
2 April, 2017 at 11:01 PMSerius nampak sedap. Boleh cuba nanti kalau ke sana. Terima kasih cadang spot makan menarik.
Hanz
3 April, 2017 at 5:09 AMfuh meleleh air liur…
mcm sedap jer..
ajumohit
3 April, 2017 at 9:04 AMTwitter: ajumohit
gambar tu cantik seterusnya menjadikan hidangan tu nampak mengiurkan ?, bolehla cuba bila lalu sini nanti, sedap nampak 😉
ajumohit recently posted…Kad Ceria | Diskaun sehingga 30% bagi barangan, perkhidmatan dan makanan
raihanah
3 April, 2017 at 10:15 AMsedap nampak tu. kalau ke seremban boleh singgah
raihanah recently posted…Kesihatan Kardiovaskular Terbaik Melalui Landmark Study
Asyraf Asri
3 April, 2017 at 6:10 PMSeriusly terliur. Pergh!
Okasy set , nanti saya jalan sana boleh singgah dan kita jumpa k.
InsyaAllah.
Asyraf Asri recently posted…Sifat Peribadi Orang Yang Lahir bulan 9
Kazen
3 April, 2017 at 10:30 PMInsyaAllah boleh.
Kazen recently posted…Balung Herbal Teh
kauthar mohd
4 April, 2017 at 1:32 AMTeliur tengok makanan nih. Udang besa2 tuh.
kauthar mohd recently posted…bagaimana kuatkan imun anak ~ vitamin cukup masa hamil
Naimah Wahab
4 April, 2017 at 5:46 AMTwitter: naimahwahab
Omak aiii sedapnyer nampak.
Air coconut dan udang dia tu, buat terliur jer.
Nak kene berkunjung hujung minggu jelah nampaknyer.
Noriza Abdul Rahman
5 April, 2017 at 9:25 AMBesarnya saiz udang tu. Nama air pun agak kontroversi ye “air janda pulang” hahaha
Noriza Abdul Rahman recently posted…Sertai Larian Hujung Minggu dengan 2 Anak Kecil, Memang Mencabar!
suriya majid
5 April, 2017 at 4:11 PMdugaan apakah ini? meleleh air liur akak….
suriya majid recently posted…Pulihkan Kencing Manis Segera, Elak Buah Pinggang Rosak Teruk
Suria Amanda
6 April, 2017 at 6:21 PMTwitter: suriaamanda1
Coconut Lamban? SA yang duk seremban ni pun x pernah lagi terjah ke sini..haih..x leh jadi ni..kena pi jugak ni..
Olaoli
6 April, 2017 at 11:17 PMTwitter: fadzliolaoli
uih sedapnya rupa mee udang tu..besar-besar udangnya. harga boleh tahan
Mazni happy family
7 April, 2017 at 5:22 PMMee udang tu nampak simple je. Tapi kuah macam pekat. Telur pun seketul atas tu

.
Minum dengan air lamban tu macam coconut shake je
Mazni happy family recently posted…Set Kehamilan Shaklee Untuk Ibu Mengandung Bijak 2017
Ezad Skytech
7 April, 2017 at 10:33 PMTwitter: ezadSkytech
Amboii…nampak sedap betul tu…dugaan betul ni…tengah lapar pula ni…aihh…ni kena turun Paroi juga ni nanti…haha
zizie
8 April, 2017 at 2:57 PMtemptingnya mee udang tu.. uhuhuhu…
Alyaa Aidee
9 April, 2017 at 12:53 AMTwitter: alyaaaidee
wah berbaloi udangnya pun besar!
Alyaa Aidee recently posted…Cara Nak Beli Vivix Dengan Harga Ahli
zool
11 April, 2017 at 12:47 AMTwitter: zoolligakampung
Pergh. boleh meningkatkan uric acid ni..
Gout..gout jadinya
Oja Samid
13 April, 2017 at 1:18 PMAlamak…mengancam sungguh gambar mee udang tue. Tengok gambar pun dah boleh terasa-rasa sedapnya, lagilah kalau menghadap betul-betul. Nie boleh masuk list, in case ke Negeri Sembilan nanti. Hehe.
Oja Samid recently posted…Bahaya Penyakit Kencing Tikus | Apa Kita Boleh Buat Untuk Elak?
dalin
13 April, 2017 at 4:46 PMWah memang kena dengan selera keluarga saya ni sup-sup.
Mi udang paling sedap di utara yang pernah rasa adalah di Sg Dua, Penang.
Tapi itu mi udang kuah yang merah.
Will try this nanti.
Terbaik blog ni kemas sungguh bahasa dan aturannya!
Bahrain
13 April, 2017 at 9:45 PMTwitter: bhr4in
Perghhh.. airnya besar gedabak gelasnya… mmg kenyang la dapat udang besar macam tu…nikmat tak terkira..
aRzMoHa
13 April, 2017 at 10:49 PMTwitter: arzmohdhaniffa
Memang silap waktu blogwalking…tengah malam kena racun mee udang perghhh kalau ke paroi nanti nak kena cari…
aRzMoHa recently posted…Mesti Cuba Maggi Hot Mealz Kari Laksa Ayam
titan
14 April, 2017 at 7:06 PMpehh..lama tak makan mee udang wehh..
rindu plak rasanya.
titan recently posted…Blogger tua.
arnie
16 April, 2017 at 1:10 PMMeletop betul udangnya.. Boleh masuk dalam list nie, sebab mmg selalu problem tak tau nak makan kat mana kalau bercuti di seremban & port dickson..
arnie recently posted…Kencing Tak Lawas Di Kalangan Warga Emas Lelaki Mungkin Tanda Awal Masalah Prostat
dedauncomel.com
17 April, 2017 at 2:39 AMTwitter: fareedfoo
Besarnya udang dia.. Perghh.. Memang puas hati kalau makan ni.. Terpaksa la cancel diet ni..
onlajer
17 April, 2017 at 5:57 PMuii nampak bergitu menyelerakan, Kalau saya ni gerenti mengesek hidung kena mee udang seperti ini
onlajer recently posted…Tiga tips terbaik untuk anda menempah tiket penerbangan online
nikkhazami
17 April, 2017 at 9:54 PMTwitter: nikkhazami
seumur hidup tak pernah makan mee udang. mungkin sbb tak minat mee kot
nikkhazami recently posted…Cara Perangkap Lipas dalam Kereta
irsah
18 April, 2017 at 1:36 AMTwitter: irsahindesigns
Fulamakkkk mengiurkannnn…
Sesiapa ada gaut… tahan je larrrr… heeee
irsah recently posted…Use MYR Ringgit Malaysia Currency Blogger Shopping Cart Widget – BlogrCart-eX
Ikhwan
19 April, 2017 at 12:11 AMSelalu lalu di Paroi, tapi belum sempat singgah makan sini.
Ikhwan recently posted…Sebarkan Info Ini Untuk Dapat Komisyen
pengedar shaklee ampang
19 April, 2017 at 6:09 AMmeleleh air liur tengok ni. menyelerakan betul
Anuar
20 April, 2017 at 10:20 AMTwitter: Alhamdulillah..
Fuhh… Menggiurkan sungguh gambar mee udang tu… Kalau dekat, dah lama dah terjah kedai ni… hehehe
Anuar recently posted…Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017
ema
20 April, 2017 at 3:43 PMMeee udang sedapnya… terliur dah ni.. kena try juga lah satu hari nanti.
yunie
20 April, 2017 at 9:42 PMnampak madam menarik tempt ni.boleh la singgah nanti.
tq for sharing
reezluv
21 April, 2017 at 3:05 PMnampak sangat sedap tu, kalau ada singgah sana kena le try tengok dan singgah
Sue
26 April, 2017 at 6:08 AMKuah dier kekuningan sket eh. Biasanya mee udang kuah merah. Nampak mengancam betul.
Sue recently posted…Makan Tengah Hari Sedap Di Ipoh
Mama Hakim
27 April, 2017 at 4:05 PMMama boleh bawa keluarga cuba makan kat sini
.
Memang hantu makan udang
Mama Hakim recently posted…4 Pola Makan & Diet Sihat untuk Mengawal Diabetes
Mus
28 April, 2017 at 4:00 PMTwitter: mustaffayasin
nampak sedap mee tu..
air janda pulang tu mcm lain je bunyinya.. 🙂
Mus recently posted…Program Usahawan Bergerak MobilePreneur@KKLW
Homestay TBS
1 May, 2017 at 9:42 AMDekat dah dengan area rumah saya ni.. apa pun mmg terbaik tempat makan ini.
kauthar mohd
5 May, 2017 at 12:10 AMBila p senawang tau la nak singgah mana lepas ni. Tq admin
kauthar mohd recently posted…Cara Hilangkan Jerawat yang Anda Perlu Tahu
Wan Syahida
5 May, 2017 at 2:02 AMNampak menyelerakan sangat mee udang tu. Ishk.. Minum ngan air kelapa plak tu. Sedapnya.
Wan Syahida recently posted…Cara Kawal Gula Dalam Darah Untuk Ibu Hamil Yang Diabetes
Mohd Rasul
11 May, 2017 at 4:43 PMfuh… macam sedap. nnti balik kuala pilah boleh la try singgah makan kat sini
Mohd Rasul recently posted…Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan Shah Alam
nila anggraini
19 May, 2017 at 11:47 AMTwitter: qasehfirdaus
Adoiiii tak boleh tahan tengoknye, melelehhh air liur kaknil….
Cik Norizam
23 May, 2017 at 12:47 PMTwitter: ciknorizam
Alahai, bestnya mee udang tue.. betul2 teringin dah ni.. hehe
Hazmin Hamudin
1 June, 2017 at 9:29 AMDekat je dengan rumah mertua ni. Boleh try pergi.
p/s: berkenan pulak dgn theme bro ni. Dah cari null version punya tapi tak boleh install. Haha. Mahal tak bro beli?
Kazen
3 June, 2017 at 6:37 AMSekarang harga dekat $47
Kazen recently posted…Nu Caffee Tongkat Ali Arabica Asli
Amirul
12 June, 2017 at 4:08 AMBoleh bercuti kat PD lepas raya nanti. Terima kasih berkongsi.
Amirul recently posted…Manfaatkan Ramadhan Bagi Individu Yang Sibuk
Datin Tyka
28 June, 2017 at 10:43 AMsedap nya. terliuqq pulak tengok nya
azstory311
2 September, 2017 at 6:45 PMTwitter: azstory311
Selalu terkeliru dengan paroi, paroi jaya..