• Home
  • /
  • Islam
  • /
  • Maulid Akbar Malam Mahabbah Rasulullah S.A.W – Bayu Village

Maulid Akbar Malam Mahabbah Rasulullah S.A.W – Bayu Village

Maulid Akbar Malam Mahabbah Rasulullah S.A.W ini telah diadakan di Bayu Village Jalan Paroi-Senawang. Majlis yang penuh dengan kerahmatan dan limpahan kasih-Nya telah diadakan pada 19 Disember 2015 bersamaan dengan 17 Rabiul Awal 1437H.

Program ini antara dianjurkan oleh Pertubuhan Pendidikan Islam Az-Zein Negeri Sembilan Darul Khusus. Dengan kehadiran Tuan Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki dan juga Sohibus Samahah Mufti Negeri Sembilan, Dato’ Hj. Mohd Yusof Bin Hj. Ahmad.

 

Pengisian Ringkas Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki

Maulid Akbar Malam Mahabbah Rasulullah

Sambutan Maulidur Rasulullah S.A.W adalah sepatutnya menjadi satu sambutan yang lebih meriah dan besar diadakan. Jika dibandingkan dengan sambutan perayaan tertentu dan juga hari-hari khas, sambutan Maulid Rasulullah S.A.W tidak ada nilainya walau cuba dibandingkan.

Jika dibandingkan pula dengan nikmat-nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada kita. Langsung tidak dapat kita mengiranya dan tidak dapat membalasnya satu persatu. Betapa besarnya nikmat yang dianugerahkan oleh-Nya.

Nikmat kesihatan antara nikmat yang terpenting bagi kita. Andai kita tidak sihat banyak perkara dan hal tidak dapat kita lakukan. Begitulah jua ketika nikmat sihat yang kita kecapi inilah kita gunakan juga untuk ke jalan yang di redhai-Nya. Kena juga datang majlis-majlis ilmu dan diredhai oleh Allah S.W.T. Takkan dah jatuh sakit baru ingat ingin hadir ke majlis-majlis agama?

Begitu juga tak terkecuali dengan nikmat kesenangan dan mempunyai wang ringgit. Siapalah kita sangat ingin terlalu mengagungkan wang ringgit yang kita miliki. Kaya atau tidak bukan penyebab utama untuk kita bersedekah. Gunakan nikmat wang ringgit itu walau sedikit ke jalan yang diredhai.

 

Maulid Akbar Malam Mahabbah Rasulullah

Berapa kos untuk kita hantar sesuatu barang ke luar negara? Berapa pula bayaran jika kita ingin poskan senaskah buku kepada rakan kita di England?

Bahkan berapakah nilai yang ingin kita hantarkan kepada alam akhirat yang pasti menantikan kita kelak?

Turut dilancarkan juga tabung pembinaan Pertubuhan Pendidikan Islam Az-Zein Negeri Sembilan pada malam penuh barakah ini.

 

Pertubuhan Pendidikan Islam Az-Zein Negeri Sembilan

Maulid Akbar Malam Mahabbah Rasulullah

Pertubuhan Pendidikan Islam Az-Zein Negeri Sembilan atau juga dikenali sebagai Madrah Az-Zein di Lot 9299, Jalan Kekwa 11, Taman Guru Melayu, Jalan Paroi Senawang, Seremban Negeri Sembilan. Madrasah ini merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang diberdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan dengan No. Pendaftaran PPM-006-05-26072013.

Pada Mei 2015, Madrasah Az-Zein memperolehi sebidang tanah wakaf di Mukim Ampangan Seremban dengan keluasan kira-kira 15,000 kaki persegi. Dengan bertekad membangunkan modal insan melalui sistem pengajian ala pondok dengan menekuni kitab-kitab ulama’ silam di samping menggarap potensi pelajar dengan akhlak yang mulia.

Dengan itu, pihak Madrasah ingin membangunkan bagunan baru Madrasah Az-Zein dengan anggaran kos RM800,000.00. Kos ini termasuk peralatan bilik darjah dan kelengkapan audio visual.

Jadi dengan adanya bangunan baru ini, selain mengekalkan pengajian harian dewasa. Pihak Madrasah akan memulakan pengajian Maahad Tahfiz bagi melahirkan generasi Al-Quran yang berwawasan dan cintakan al-Quran.

 

Maulid Akbar Malam Mahabbah Rasulullah

 

Objektif Penubuhan Madrasah Az-Zein

  • Menjalankan aktiviti tarbiyah, dakwah dan pendidikan berasaskan al-Quran dan Hadith bagi meningkatkan dan memperkasakan syiar Islam.
  • Meningkatkan penghayatan Islam melalui pengamalan pembacaan kitab-kitab karangan ulama-ulama muktabar.
  • Memperkenal dan meningkatkan budaya berselawat di kalangan ahli dan masyarakat setempat melalui aktiviti berqasidah.
  • Merancang dan mengendalikan program-program pengajian berlandaskan al-Quran dan Hadith bagi melahirkan generasi pendakwah, ulama dan cendikiawan Islam yang berpegang kepada prinsip ahli sunnah wal jamaah.
  • Meningkatkan pembacaan, pemahaman dan penghayatan al-Quran di kalangan ahli dan masyarakat setempat.

 

Tenaga Pengajar  Madrasah Az-Zein

  • Ustaz Khushairi Bin Hamdan
    Diploma Usuluddin Kolej Sultan Zainal Abidin, Terengganu
    Sarjana Muda Universiti Al-Azhar, Mesir.
  • Ustaz Dr. Shuhadak Bin Mahmud
    Sarjana Muda Fiqh Mazhab Shafie, Universiti Al-Azhar Mesir.
    Sarjana Fiqh Mazhab Shafie, Universiti Terbuka Kaherah.
    Doktor Falsalah Syariah, Universiti Malaya.
  • Ustaz Rahmad Bin Mokhtar
    Pondok Jambu Besar, Pattani Thailand.
    Darul-Mustafa, Tarim, Hadramaut, Yaman.
  • Ustaz Muhammad Abdullah Bin Muhammad Amir
    Pengajian Hadith Bersanad (Darul Hadith) – Jamiah Arabiah, Raiwind Lahore.
    Pengajian Takhassus Fil Hadith – Jamiah Darul Ulum Islamiyah, New Town, Karachi.

 

Sistem Pengajian Madrasah Az-Zein

Pengajian Dewasa:

  1. Kuliah Dhuha (9.30 pagi hingga 11.00 pagi)
  2. Kuliah Zuhur (3.00 petang hingga 4.30 petang)
  3. Kuliah Isyak (9.30 malam hingga 11.00 malam)

Antara kitab-kitab yang digunakan dalam pengajian masa kini adalah:

  1. Minhaj Fiqh Al Shafi’i
  2. 70 Selawat Terbaik
  3. Bustanul ‘Arifin
  4. Ta’alim Muta’alim (Pelita Penuntut)
  5. Al Raqeeq Al Makhtum (Sirah Rasulullah S.A.W)

Maahad Tahfiz:

Pengajian yang ditawarkan terbahagi kepada 2 peringkat:

  1. Peringkat Rendah/Pra-Tahfiz (10,11,12 tahun)
  2. Peringkat Menengah (Tingkatan 1)

 

Sumbangan dan Waqaf Madrasah Az-Zein

Maulid Akbar Malam Mahabbah Rasulullah
 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

6 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!