Masa Yang Cepat Berlalu

Masa Yang Cepat Berlalu

Sedar tidak sedar begitu pantas masa berlalu, hari ini sudah khamis namun banyak lagi urusan dan kerja yang belum lagi selesai. Memandang ke langit pagi hari seronok juga sebagai mencuci mata dengan melihat ciptaanNya dan menghirup udara yang segar.

Pergi kerja pagi balik kerja petang dan bila berehat 2 jam berlalu dengan pantas masuk pula waktu Maghrib. Bersiap-siap pula untuk solat dan beribadah begitulah rutin kita harian.

Menulis blog dan membalas komen-komen sambil beristirehat pun sekejap saja waktu berlalu.

Belum lagi yang keluar makan di luar percaturan masa itu sangat pantas walaupun kita cuba manfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Cuma terkadang terfikir akan keberkatan waktu, adakah dengan merasa waktu terlalu pantas berlalu dan tidak banyak kerja dapat diselesaikan kita menghadapi ketidak berkatan waktu?

Apa pendapat anda? Bagaimana anda menguruskan urusan kehidupan anda dengan blog dan pelbagai lagi?

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

14 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!