Madu Acacia

Madu Acacia

Madu Acacia atau mana-mana madu sekali pun tetap menjadi idaman serta pilihan utama dan penting bagi mendapatkan sebuah kehidupan dengan kesihatan yang sempurna.

Lambakan madu dipasaran semakin membuatkan pembeli pening ingin memilih mana satu madu yang terbaik serta menepati citarasa dan kehendak pengguna.

Jadi di zaman era teknologi serba canggih sebegini anda perlu bijak dalam membuat pilihan gunakan internet sebagai sumber untuk mendapatkan info yang lebih jelas serta berfaedah.

Rahsia Madu AcaciaMadu Acacia

Jika seseorang bertanyakan kepada kita apakah rahsia bagi sesebuah madu yang kita gunakan, sudah tentu kita akan menjawab rahsianya adalah terletak pada kualiti dan khasiat itu sendiri.

Kualiti bermakna keaslian serta kepercayaan mereka yang telah menggunakan atau memakan madu tersebut dengan hasil khasiat yang berkesan serta baik.

Madu Acacia ini mengandungi bahan seperti berikut:

  • Vitamin B6
  • Tiamina
  • Miacian
  • Ribotlorina
  • Asid Pontohenic
  • Zat besi
  • Kuprum
  • Magnesium
  • Manganese
  • Fosforus
  • Potasium
  • Sodium
  • Zink

Adalah menjadi satu keunikan seekor lebah dapat menghasilkan berbagai jenis campuran vitamin serta zat besi yang merupakan satu komposisi penting diperlukan oleh tubuh badan manusia, info lanjut boleh rujuk Ebook Rahsia Madu Acacia.

Kajian oleh Prof. Dr. Kamaruddin Mohd Yusoff dari Jabatan Perubatan Molekular, Pusat Perubatan Universiti Malaya pada tahun 2006 mendapati lebih 80% madu lebah di dalam pasaran Malaysia adalah tiruan. Pelbagai nama dan jenama madu membanjiri pasaran Malaysia hingga hari ini. Ada yang berselindung di sebalik jenama Madu Tualang, Madu Sidir, Madu Manuka, Madu Asli dan sebagainya. 

Kelebihan dan Khasiat Madu Acacia

Tidak melihat kepada kandungan sesebuah madu sahaja, kita juga perlu menilai dari segi aspek kelebihan dan khasiat setelah mengamal memakan madu tersebut.

Kebanyakkan kelebihan dan khasiat madu juga bergantung pada kandungan asal sesebuah madu tersebut. Jika dilihat Madu Acacia ini mempunyai kandungan yang cukup penting bagi tubuh badan manusia maka khasiatnya sudah tentu boleh dipercayai.

Madu Acacia

Khasiat Madu Acacia Mangium

  • Baik untuk mereka yang ada asma
  • Mereka yang mengalami haid tidak teratur
  • Mengalami masalah resdung
  • Mempunyai alahan
  • Masalah jerawat berpanjangan
  • Ada masalah rambut kerap gugur
  • Baik juga untuk barah
  • Membantu masalah letih dan lesu
  • Membaik sakit-sakit kepala
  • Membantu mereka yang ada masalah buasir
  • Mempunyai kahak yang berlendir
  • Ada masalah sakit pinggang
  • Baik untuk mereka yang batuk kering
  • Membantu dalam masalah lemah jantung
  • Mengurangkan sakit sendi
  • Memulihkan gastrik

Banyak lagi kelebihan dalam mengamalkan pemakanan madu Acacia ini.

Namun adalah diingatkan anda harus mengamalkan pemakanan madu ini secara konsisten bukan berkala-kala kerana kebanyakan pengguna amat sukar untuk terus menerus amalkan memakan madu.

Untuk mendapatkan kesan yang baik kita harus amalkannya secara berpanjangan kerana ia baik untuk seluruh aspek kesihatan kita.

Tak Perlu Berkira Untuk Kesihatan

Ingat untuk kesihatan adalah perkara yang penting harus kita jaga dan ambil tahu. Sememangnya ajal maut sakit jatuh di tangan Tuhan namun kita harus berusaha dalam mempertingkatkan serta menjaga kesihatan kita.

Jadi sekadar memakan madu sebagai medium untuk mengekalkan serta membaik pulih kesihatan kita adalah tidak perlu berkira.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

33 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!