Lafaz Takbir Raya

Asssalamualaikum w.b.t semoga Ramadhan yang pergi menjadi satu kerinduan buat kita untuk beramal ibadah lagi. Semoga kita dipertemukan lagi di bulan Ramadhan yang akan datang. Kini Hari Raya akan tiba maka tibalah saat kita meraikan kejayaan kita berpuasa selama sebulan.

Di malam raya atau hari-hari sebelum berakhirnya bulan puasa kita dianjurkan untuk membuat sedikit muhasabah terhadap amal ibadah yang telah diberibadah sepanjang bulan ini.

 

Moment Bulan Ramadhan

Mungkin antara kita ada moment bulan Ramadhan yang menjadi indah dan menarik. Ada sesetengah orang menjadikan program berbuka puasa adalah acara wajib tahunan mereka. Ada yang langsung tak putus menunaikan solat terawikh di malam hari.

Malah ada juga yang menjadikan Ramadhan ini pesta ibadah yang bermakna dan medan untuk bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah S.W.T.

Apa-apa pun yang kita lakukan pastikan moment tersebut adalah moment yang bukan sekadar bermakna semata-mata. Perlulah jadikannya juga sebagai antara perkara yang bermanfaat untuk kehidupan di dunia dan di akhirat kelak.

 

Lafaz Takbir Raya

Berikut adalah lafar takbir raya yang biasa dialunkan bermulanya malam raya.

Lafaz Takbir Raya

Firman Allah:

“Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”
(AlBaqarah : 185)

 

Sabda Rasullullah s.a.w. pula:

“Hiasilah Hari Raya kamu dengan takbir dan tahmid.”

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

6 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!