Kursus Pra Perkahwinan Islam

Kursus Pra Perkahwinan Islam atau juga nama pendeknya Kursus Kahwin sememangnya menjadi kewajipan prasyarat untuk melangsungkan perkahwinan di Malaysia. Pelbagai juga jenis cadangan dan komentar terhadap kursus perkahwinan sebegini. Matlamatnya tetaplah satu iaitu sebagai persediaan berbentuk ilmiah buat bakal pengantin.

 

Kursus Pra Perkahwinan Islam di Malaysia

Kursus Pra Perkahwinan Islam

Di negara kita Malaysia, menjadi prasyarat bagi mereka yang beragama Islam perlu hadiri kursus ini. Syarat wajib lulus kursus pra perkahwinan ini sehingga kini ialah hadir dan dengar sahaja terhadap slot-slot semasa kursus.

Hampir di setiap negeri di Malaysia mempunyai tempat untuk menghadiri kursus Pra Perkahwinan ini.

Bagaimana sebenarnya kursus ini mampu memastikan kebahagiaan rumah tangga yang bakal dibina? Bagaimana juga pengisian slot  sewaktu kursus ini mampu membantu peserta menjadi suami atau isteri yang terbaik?

Mana-mana sekali pun kursus atau seminar yang anda hadiri segalanya bergantung kepada diri anda sendiri. Pergilah seminar yang hebat sekali pun andainya anda tidak ada inisiatif dari dalam diri anda sendiri maka anda tidak akan mengubah apa-apa pada diri anda.

Begitu juga hadiri kursus percuma ataupun berbayar sekali pun, jika kita ada tindakan dan amalkan ilmu yang kita dapat, InsyaAllah kita bakal berjaya!

 

Pengisian Kursus Pra Perkahwinan Islam

Kursus Pra Perkahwinan Islam

Kursus ini berteraskan sukatan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sendiri. Maka anda tidak perlu risau anda pergi mana-mana pusat atau tempat yang menyediakan kursus pra perkahwinan Islam. Cuma perlu pastikan ia disahkan oleh jabatan agama.

Antara pengisian sepanjang dua hari kursus ini seperti:

  • Aqidah
  • Ibadah
  • Akhlak Suami Isteri
  • Hubungan Keluarga
  • Perkahwinan dan Prosedur
  • Pengurusan Kesihatan
  • Pengurusan Masa dan Kewangan
  • Komunikasi Suami Isteri
  • Pengurusan Tekanan dan Konflik
  • Perkhimatan Rundingcara
  • Pembubaran Perkahwinan

Kebanyakkan tajuk slot ini tidak membosankan dan sentiasa ada pengisian yang menarik bagi memastikan peserta fokus terhadap kursus ini. Pengisian berbentuk persembahan video juga turut dipaparkan beserta dengan barisan fasilitator kursus yang terlatih dari jabatan kerajaaan sendiri.

Bagi yang mereka menghadiri kursus pra perkahwinan ini, bayaran yang dikenakan sangat berbaloi dengan apa yang disediakan.

Anda akan diberikan minum pagi, makan tengah hari, nota-nota kursus dan juga sijil pada penghujung hari kursus ini. Dewan kursus yang selesa malah turut disediakan juga tandas dan surau bagi memudahkan segala urusan sepanjang kursus ini.

 

Senarai Syarikat Kursus Kahwin Negeri Sembilan

Kursus Pra Perkahwinan Islam


DARUL DEDIKASI MANAGEMENT (NS0032379-H)
30 Jalan Bunga Raya 7
Pusat Perniagaan Senawang
70450 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: 06-679 1925

USRATI NIAGA
No 453, Jalan Sri Pulai 26
Taman Sri Pulai 2, Sikamat
70400 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: 06-761 5957 / 019-254 3462

PEDOMAN KHUSUS ENTERPRISE
B-7/3 & B-8/3
Tampin Square
73000 Tampin, Negeri Sembilan
Tel: 06-441 8579

PYS MANAGEMENT SERVICES
PT 20586, Jalan TS 2/1E
Taman Semarak 2
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel: 06-799 7927 / 019-366 9741 / 013-365 5715

PURNAMA SYNERGY ENTERPRISE
Lot 962, Tingkat 2
Bangunan Tabung Haji, Jalan Mahligai
72100 Bahau, Negeri Sembilan
Tel: 06-454 8090 / 017-224 3722

D’ ASSAFFA RESOURCES
No 93, Tingkat Atas Jalan S2 F2, Seremban 2
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: 012-300 8071 / 06 631 6801

SANAH HELWA ENTERPRISE
610-71 Tingkat 1 Atas (Klinik Hee Anandan), Bangunan UMNO,
73200 Gemencheh, Negeri Sembilan
Tel: 013-264 2646

NORAZ QASEH ENTERPRISE
No 2, Tingkat 1, Taman Bukit Pilah,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tel: 013-623 7011

TAZWIJ ENTERPRISE
424 A Jalan Cenderawasih 2,
Taman Paroi Jaya
70400 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: 06-677 1410 / 011-2709 1053

 

Senarai Syarikat Kursus Kahwin Melaka

Kursus Pra Perkahwinan Islam


MAIM BENTARA SDN. BHD.
Maim Bentara Sdn. Bhd.
Kompleks Masjid Al-Azim,
Fasa 11, Jalan Bukit Palah,
75400 Melaka
Tel: 06-2821871 / 06-2829360

ARI SINAR ENTERPRISE
JB 6212, Jalan Des Kesang 1,
Taman Desa Kesang,
77000 Jasin Melaka.
Tel: 012-2256834 / 013-6485141 / 06-5296975

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

23 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!