Kopi Setiap Pagi

Kopi Setiap Pagi

Minum kopi atau nescafe setiap pagi sudah menjadi rutin buat saya sejak memasuki matrikulasi lagi dan ini bermakna hampir 5 tahun sudah tabiat ini bersarang dalam diri ini.

Antara kopi dan nescafe saya lebih ke arah meminum nescafe yang boleh didapati di pasaraya seperti 3 dalam 1 dengan jenama yang lain bukan dari jenama Nescafe sendiri.

 

Kenapa Perlu Minum Nescafe

Bagi saya sendiri, sama ada tidur lewat atau tidur awal bagi membekal jangka waktu tidur sama ada lama atau pendek saya tetap memerlukan nescafe sebagai pemula kehidupan seharian.

Apabila mengenakan nescafe atau kopi sebagai sarapan ini dapat mengaktifkan minda atau otak serta badan saya supaya lebih aktif pada hari tersebut.

Keadaan ini sudah lama saya amalkan hampir 5 tahun, jadi kalau hari tersebut saya akan menghadiri kuliah ataupun bekerja saya akan mengambil nescafe sebagai minuman pagi saya bersama dengan 2 atau 3 keping roti.

Saya juga tertanya sampai bilakah tabiat ini akan saya teruskan, saya juga ada mengambil multi-vitamin serta minuman yang lain.

Namun hanya nescafe saja yang menjadi “penguat” dan “pemula” pagi saya.

Mungkin rakan-rakan ada tips atau pengalaman tersendiri bagaimana ingin cergas di pagi hari tanpa mengambil sebarang minuman berkafein seperti saya.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

26 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!